Resipi Kuih Ulat Bulu
.
Bhn2..
3 cwn tepung pulut
2 sb tepung gandum
1 cwn air
Sedikit air kapur
Secubit garam
Kelapa parut
Pewarna ikut suka
Inti kacang hijau .
Bhn inti..
Sedikit kacang hijau
Gula melaka
Gula
Garam
Daun pandan
Sedikit santan
.
Cara buat inti..
.
-rebus kacang hijau bersama daun pandan..rebus hingga empuk ye
-bila dah kering air masukkan sedikit santan, gula, gula melaka dan garam
-rasakan manis masinnya ikut selera sendiri
-bila dah hampir kering bolehlah diangkat..keluarkan semua daun pandan dan blend kacang hijau tadi sehingga hampir hancur
-sejukkan dahulu
.
Cara2 membuat ulat bulu
-satukan tepung pulut, tepung gandum, garam dan air kapur.. gaul semua sehingga sebati
-jika inginkan yg warna warni buat asing2 dan letakkan sedikit pewarna ye
-masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh..agak2 ye x lembik dan x keras..sama lbh kurg doh utk buat buah melaka
-ambil sedikit doh dan leperkan atas tapak tangan dan letak inti kacang hijau
-kemudian tutup doh dan gentel bujur -ulang semua sampai habis
-panaskan air sampai mendidih kemudian masukkan doh ulat bulu dan biarkan sampai ianya timbul
-apabila dah timbul angkat toskan air skjp masukkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam..golek2kan biar kelapa tu melekat rata
-siap utk dimakan
.
*jika suka boleh goreng sedikit beras pulut taburkan atas kuih ulat bulu masa hidang
.
selamat mencuba 😊
.
kredit : Faezan Afza & Ida Hanie