Translate

Ahad, 20 September 2020

RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS CHEESE 🍰

 BAHAN-BAHAN:

450gm Mentega
250gm Cream Cheese
10 biji Telur Gred A
150gm Gula Halus
250gm Tepung Halus
100gm Horlick
1 tin kecil Seri Kaya/ Jem Buah
1 tin Susu Pekat Manis
1susu besar Ovalette
2 bungkus Roti Masam Manis/ Haw Flakes
Pewarna Hijau & Kuning

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1) Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2) Pukul mentega, cream cheese, kaya, susu pekat manis & ovalette hingga kembang.
3) Campur adunan (1) & (2) sehingga sebati.
4) Kemudian masukkan tepung gandum & horlick ke dalam adunan tadi.
5) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian iaitu:
(a) Hijau
(b) Kuning
6) Bakar adunan lapis demi lapis selang seli pada suhu 180c selama 10 minit setiap lapis. 

RESEPI KEK LAPIS 3 RASA / 4 RASA

KREDIT RESEPI : Juliza Ahmat

Bahan-bahan:
(Guna Steamer Trio)

10 biji telur
450gm mentega
200gm milo
1 tin susu manis
1 tin kecil kaya
1 gelas gula
200gm horlick
1 gelas tepung gandum @ 11/2 gelas nestum ori

Kuning telur + mentega + gula + susu dipukul hingga gebu.
Pukul putih telur hingga berbuih dan pekat..Satukan kedua2 adunan..Masukkan tepung atau nestum..Pukul rata..
Adunan dibagi 3
1...Horlick + hijau
2...Kaya + kuning ..lebihkan adunan
3...Milo + gula hitam
Kukus berlapis2

Sejukkan sebelum dipotong.


 
 
 
 
Kek Lapis 4 Rasa
 
kredit resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
 
bahan-bahan : loyang 8" x 8"
 
10 biji telur gred A
500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya)
300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
150 g gula kastor
100 g serbuk horlicks
150 g serikaya
300 g susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar
1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu
 
Cara-cara :
 
Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe / pes mocha dan satu lagi pes strawberi.
Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing).
Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buat sampai habis.
Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
 
NOTA : Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat).
Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri.
Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.
Untuk menjadikan kek sentiasa lembab dan basah, jangan bakar terlalu lama dan sapukan sedikit mentega pada setiap lapisan.
 

 

RESEPI KEK LAPIS NEOPOLITAN

BAHAN-BAHAN A
250 gram mentega (cm guna scs)
150 gram gula kastor
14 kuning telur (gred A)
5 camca besar susu pekat manis

BAHAN-BAHAN B
150 gram gula kastor (cm guna 130 gram)
7 putih telur
1/4 camca teh cream

BAHAN-BAHAN C 
160 gram tepung Hong Kong*
40 gram Horlick*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan gaul rata)
1 camca teh esen vanila
1 1/2 camca teh stoberi paste + 1/4 camca teh pewarna makanan pink
1 1/2 camca teh coklat emulco + 1/2 camca teh perisa mocha

CARA MEMBUATNYA 
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak.
Ketepikan.

Putar mentega dan susu hingga sebati, masukkan gula kastor dan putar hingga putih. Tambah kuning telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu.

Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah disatukan sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Ketepikan.Dalam mangkuk pengadun yang bersih dan kering, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula kastor dan terus memutar hingga kembang dan kental.

Gaul putih telur ke dalam adunan mentega, gunakan kaedah kaup balik dan kacau hingga sebati.Bagi adunan kepada 3 bahagian, satu dimasukkan esen vanilla dan kacau rata, satu ditambah stoberi paste dan pewarna merah jambu, kacau rata dan satu lagi dengan coklat emulco dan perisa mocha. Kacau rata. Ketepikan.Masukkan tin ke dalam oven dan panaskan 1-2 minit. Keluarkan tin dan sudukan adunan coklat sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar 5 - 7 minit (tukar pada api grill) hingga perang, keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis, sapu dengan mentega cair dan lapis lagi dengan adunan coklat hingga siap.

Kemudian lapis pulak dengan adunan stoberi hingga siap dan akhir sekali adunan vanilla hingga siap. Untuk lapisan akhir bakar hingga perang sedikit, tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan bakar 10 minit dengan fungsi api atas dan bawah. Sejukkan kek sekejap, keluarkan dan sejukkan sepenuhnya atas redai sebelum dipotong...



(LIKE PAGE UNTUK LEBIH RESEPI MENARIK)

Kredit: Blog Mat gebu 

RESEPI KEK LAPIS RIANG PAGI (coklat+cheese+oreo)

 BAHAN2

16 oz butter (450gram)
10 biji telur gred A
185 gm gula halus
250 gm susu pekat manis
100gm tpg aiskrim vanilla
250gm cream cheese
280gm tepung pau
50gm nestum cerelex
2sdm browning sugar
1sdm esen vanilla
1 sdm ovellet
2sdb coklat filling
3 peket biskut oreo

cara caranya
Pukul butter high speed, gula, susu manis, cream cheese,tepung ais krim vanilla sampai putih.

tempat berasingan pukul telur, ovellet, esen vanilla hingga kembang dlm 5 minit
masukkan ke dlm adunan butter tadi gaul rata..
masukkan tepung nestum,tepung pau gaul rata..

bahagi kepada 2 bahagian (banyakkan adunan hitam)
1.hitam=coklat filling,browning sugar
2.putih= biarkan kosong saja nak cantik boleh letak pewarna putih

Bakar selapis selapis sehingga adunan habis. Susun oreo mengikut corak digambar (saya patahkan 1/2 oreo baru susun pada kek) atau anda boleh juga susu mengikut kretiviti masing masing.

KUIH BOM/BIJAN/LENGO


 Golek Lengo (Kuih Bom) Inti Kacang Hijau


Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air
Bijan secukupnya - untuk salut

Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.

Inti Kacang Hijau:
250gm kacang hijau - rendam
1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus - guna 1 kpg gula Melaka
1 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut muda
3 sudu besar tepung gandum

Cara membuat Inti:
Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering.

Masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.
Tabur tepung gandum dan kacau rata. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat.

Nota:
Lebihan boleh disimpan di dalam freezer untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih gulung, koci dsb.

Cara membuat kuih bom:
Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat bulat tadi.

Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.

Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.
Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.

Boleh simpan di dalam freezer jika ada baki kuih bom.

Sumber : Azie Kitchen
Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng selepas buat....kuih bom anda akan mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.

Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang.....buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.
Jangan terlebih rehat pulak....macam kuih bom saya kat atas tu. Buat malam hari tapi biarkan seharian maka tepung terasa masam sikit dan bentuknya dah tak bulat cantik. 

TEPUNG BUNGKUS


Resepi Tepung Bungkus Simple


Bahan-bahan Resepi Tepung Bungkus Simple

Bahan untuk adunan tepung

1 bungkus tepung beras siam
5 cawan air
12 sudu gula
1 sudu garam
500 gram santan

Bahan untuk inti kelapa

3 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
500 gram gula melaka
1/2 sudu garam
250 gram gula pasir
2 sudu debu pulut
2 helai daun pandan
Cara Cara Masak Resepi Tepung Bungkus Simple
Cara membuat adunan tepung

1. Masukkan 2 1/2 cawan air, gula, garam dan santan ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih.

2. Baki 2 1/2 cawan air lagi dibancuh bersama tepung dan kacau sebati seterusnya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuali dan kacau sehingga tepun betul-betul masak dan nampak berkilat.

Cara membuat inti kelapa

1. Masak kelapa parut dengan air sehingga masak

2. Setelah itu masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan, kacau sehingga sebati dan sedikit likat.

3. Bancuh sedikit tepung pulut dengan air dan masukkan ke dalam adunan inti kelapa dan masak sehingga kering dan pekat.

4. Bulat-bulatkan inti kelapa dan gaul dengan debu pulut.

Cara membungkus kuih tepung bungkus

1. Ambil dua lapis daun pisang supaya tidak pecah ketika mengukus.

2. Letakkan sesudu tepung ke atas daun pisang dan ratakan sedikit.

3. Setelah itu masukkan 2 biji inti kelapa dan tutup dengan satu sudu lagi adunan tepung.

4. Bungkus dan lipat dengan rapi daun pisang supaya adunan tak terkeluar.

5. Kukus selama 20-25 minit.

6. Kuih tepung bungkus anda sedia untuk dihidangkan. 

KUIH SERI MUKA SIMPLE


 Resepi Kuih Seri Muka Simple


Bahan-bahan Lapisan Atas :
- 1 Cawan Beras Pulut
- 1 Cawan Santan
- Sedikit Garam

Bahan-bahan Lapisan Bawah :
- 1 Cawan Santan
- 5 Helai Daun Pandan
- Setengah Cawan Gula
- 1 Biji Telur
- 2 Sudu Besar Tepung Gandum
- Sedikit Garam

Cara-Cara Membuat :
1. Basuh beras pulut sehingga bersih.
2. Campurkan beras pulut bersama santan dan sedikit garam.
3. Masak guna rice cooker je, senang kan.
4. Bila dah masak dan agak suam, masuk dan tekankan dalam loyang.
5. Masukkan bahan-bahan lapisan atas ke dalam blender.
6. Blend kesemuanya sehingga hancur dan sebati.
7. Tapiskan bahan yang telah di blend kedalam loyang pulut tadi.
8. Kukus selama 30 minit, dengan api sederhana kuat. 

RESEPI BINGKA KEMBOJA PALING SENANG

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan( 2 helai daun pandan)
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
.
Cara-cara membuatnya :
.
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.
 

KUIH PERUT AYAM A.K.A KUIH TELINGA

Resipi Kuih Perut Ayam a.k.a Kuih Telinga

Bahan-bahan:
1 kg Tpg Gandum
1 peket tpg jagung (300 gm)
1 peket serbuk santan segera
1 biji telur ayam grd B
1/2 cawan gula yg dilarutkan dgn 1 1/2 cawan air suam ( gula boleh lebihkan atau kurangkan ikut kehendak masing2)
2 cawan margarine **yg resipi drp group MK tak pyh dicairkan tp ida cairkan)

Cara membuatnya:

1. Gaulkan tepung gandum, tpg jagung, serbuk santan di dlm bekas. Buat lubang di tgh, kemudian masukkan telur. Gaulkan hingga sebati. Kemudian tuangkan margarine yg dah suam2 kuku tu ke dlm bekas tepung. Gaul lg.
2. Tuangkan air suam bergula td sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di jari.
3. Gunakan mesin pasta utk meleperkan doh dan kemudian gunakan mesin yg sama utk 'memotong' adunan tersebut spt saiz kue teow. Potong dlm anggaran 5" atau pun ikut kesesuaian.
4. Bentukkan la seperti dlm gambar ☺️..selamat mencuba!


Kredit : ida saudi