Translate

Memaparkan catatan dengan label lasagna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lasagna. Papar semua catatan

Ahad, 8 Ogos 2021

Resepi Lasagna Daging

Bahan inti :

👉 Daging kisar (1paket 400g) kak guna brand Ramly.
👉🏻Sos Prego spageti (1 tin) 
👉🏻 Sos cili - kak tambah sebab nak rasa pedas
👉🏻 Bawang besar (1biji) - cincang
👉🏻 Bawang putih (5ulas) - cincang
👉🏻 Serbuk lada itam
👉🏻 Garam

Cara-cara :

👉🏻 Tumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau.
👉🏻 Masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air sampai cepat masak.
👉🏻 Masukkan sos Prego, sos cili. Kacau.
👉🏻 Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
👉🏻 Siap dan ketepikan.

Cara buat sos putih :

👉🏻 5 sudu besar mentega
👉🏻 3 sudu tepung gandum
👉🏻 500ml susu segar
👉🏻 2 keping keju - kak guna Cheesedale

Cara masak :

👉🏻 Cairkan mentega
 Masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan.
👉🏻 Masukkan susu & cheese. Kacau sebati & cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.

Lasagna @ roti Gardernia

👉🏻 Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Pastu susun dalam loyang.
👉🏻 Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dlm loyang.
👉🏻 Susun selang seli.
Lasagna, inti, sos putih.. Buat berlapis.. Lapisan atas sekali biar sos putih.. Tabur dengan mozarela cheese. Lagi banyak lagi sedap.
👉🏻 Bakar pada suh u 150'C dlm 30-40 minit @ sampai bahagian atas perang-perang..

Siap untuk dimakan! 🤤
# Uwan taburkn sikit serbuk cili atas chese tu supaya ada rasa2 pedas

Kredit resepi: Wahida Zakaria