Translate

Memaparkan catatan dengan label apam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apam. Papar semua catatan

Rabu, 4 Ogos 2021

Apam Berkuah

 Apam kuoh menu k.Zana ptg ni..

Bahan-bahan  untuk Apam :


1 1/2 cwn tepung beras cap teratai
1/2 cwn tepung gandum  cap rose
1 sdb yis mauripan.(letak dalam bekas) 

Blend 
1 cwn nasi sejuk
3/4 cwn gula
1 1/2 cwn air
 
Lepas blend..masukkan dalam tepung...kacau biar..selama 4 jam..tutup bekas dengan kemas.
Lepas 4 jam.. masukkan dalam bekas acuan kecil2 dan kukus lebih kurang 10 minit..jangan lupa sapukan sedikit minyak pada acuan supaya apam tidak melekat bila sudah masak.

Bahan-bahan untuk kuah:
 
6 ulas bwg merah *
1 ulas bwg putih *
1 sudu kecil lada hitam *
1 sudu kecil ketumbar *
1 sudu kecil jintan manis *
1 sdb gula perang*
4 sdb kelapa parut*
Isi seekor ikan sardin * (bergantung pada saiz ikan , kalau besar ambil seekor dah cukup , tapi kalau kecil, ambillah dalam 2-3 ekor)
 
1/2 kg santan
Gula Melaka (anda agak2 sendirilah nak manisnya setakat mana)
Garam

Blend semua bahan lepastu masukkan terus dalam periuk, bersama santan , gula melaka dan serbuk perisa dan garam..ikut sedap selera masing2 ya.. Tunggu gelegak masak dulu baru makan dengan apam ya...........selamat mencuba.......


 
 
  Kredit :Zana Anuar@fb.com

Selasa, 15 September 2020

RESEPI APAM PANDAN COKLAT GEBU


Bahan-bahan:

Tepung blue key/tepung gandum+1sk baking powder (pilih salah satu) 2 cawan

Santan kara 1 kotak 250ml

Gula 1 cawan

Ovellete 1sd

Telur 4 biji

1sk pewarna hijau

1sk esen pandan/Pes pandan

1sb serbuk koko


Teknik:

Pukul telur, gula Dan Ovellete dalam mixer hingga gebu bertukar warna Putih kira dah betul gebu ye. Kemudian masukkan tepung Dan santan berselang seli.. Mix sampai semua bahan sebati Dan gebu.

Bahagikan adunan kepada 2 bekas berasingan. Buat perasa pandan campur lah pewarna hijau Dan esen atau Pes pandan, gaul sebati. 1 adunan lg campur serbuk koko, gaul sebati..

Acuan boleh guna lompang atau seri ayu.. Sapu minyak dulu pada acuan ye.. Mudah nk keluar kn lepas siap kukus nanti.

CARA sy hanya guna sudu letak adunan pandan dan coklat berlapis.. Ikut lah korang nk corak paip ke mcm mna..

Kukus adunan ni guna api sederhana shj. Selama 10 minit shj OK. Jgn lebih masa!! 

Pastikan penutup kukus Di balut kain dulu supaya air wap tak menitis atas apam..


Selamat Mencuba...!
Resepi asal oleh saudari : Nor Haida Nor Azida via BIKMM @ Facebook

RESEPI APAM LENGGANG

 Bahan-bahan:


1 1/2 cwn tpg beras
1/2  cwn tpg gandum
1 1/2 sudu kecil yis
7-8 sudu besar gula
1  cawan air
1  cawan santan
 sebiji telur

Cara-cara:

campurkan semua bahan kecuali santan,gaul rata dan perap selam 2-3 jam.
masukkan santan dan gaul skali lagi
panaskan kuali dan griskan minyakpada kuali,ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan macam buat kueh ketayap
tutup apam ngan tdg periuk dan bakar selama 2-3 min dengan api perlahan..
siap untuk di makan
Mmg sedap dan cantik kuih ni. Saya dah cuba. Silakan semua..

Resepi asal oleh: Chef Tayagan B Rajan

RESEPI APAM CORNETTO

πŸ’—Lembut Macam KekπŸ’—



Bahan-Bahan:

4 biji telur (A)
200g gula
1 s/t overlatte
200g tepung gandum
100ml susu cair
100ml minyak masak
Sedikit coklat emulco
Sedikit capucino emulco
Dark chocolate beril’s

Hiasan :

Coklat chip
Butterscotch chip
Coklat rice
Manik gula
Almond (takde stok)πŸ˜‚

Alatan:

Acuan horn pastry
Baking paper (coklat) @ kertas bungkus nasi lemak (coklat)
Gunting
stepler

Cara Buat:

1. Panaskan kukusan. tutup penutup kukus dengan kain bersih.

2. Potong baking paper ikut saiz yang dikehedaki, kemudian letakkan acuan horn pastry di atasnya. Balut ikut bentuk acuan dengan kemas, kemudian stepler. Buat hingga siap semua keronsong.

3. Pukul telur, gula dan overlatte hingga kembang & pekat. Masukkan tepung gamdum. Gaul hingga sebati, gaul dengan menggunakan spatula hingga rata.

4. Masukkan pula susu cair, gaul sebati. Masukkan pula minyak masak, gaul perlahan dengan mengunakan spatula. Bahagikan adunan menjadi 3 adunan. (1) putih (2) tambah coklat emulco (3) tambah capucino emulco.

5. Kemudian masukkan ke dalam piping bag. Susun kerongsong tadi di dalam lubang kukusan. Paipkan adunan ke dalam kerongsong yang dah siap dicetak. Bubuh sedikit-sedikit setiap warna.

6. Kemudian, boleh la dikukus selama 15 minit. Tuang dalam kerongsong secara berselang-seli, adunan coklat, adunan capucino dan adunan putih. Bila dah masak sejukkan kuih dahulu, Jangan di buka lagi kerongsong ia ye.

7. Cairkan dark coklat di dalam oven sekejap atau guna kaedah double boil. Bila dah cair, tuangkan di atas kuih tadi. Taburkan atas ngan bahan taburan. Sejukkan ia dulu. Baru boleh dibuka keronsong. siap, boleh la dihidangkan.



Nota Penting: Lupa nak bagitau, bila kerongsong dah siap, bahagian bawah akan nampak sikit lubang.. ambil gam seletip. Kome gam sikit je cantum kat bawah tu.. supaya takde lubang. Kalau tak nanti adunan turun pulak.πŸ˜‚πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ’—πŸ’—

Resepi asal olehAznie Khasri

APAM UNICORN @ APAM MEKAR (tidak guna soda)

Bahan-bahan :

1) 4biji telur gred A
2) 500gram tepung gandum
3) 400gram fresh milk sejuk (dari peti ais)
4) 360gram gula pasir
5) 1sudu besar ovalete
6) sedikit esen vanilla

Cara-cara :

1) campur kesemua bahan diatas dan pukul hingga betul2 kembang gebus gebas & fluffy. 5minit awal,, guna lower speed, selepas itu guna high speed sampai adunan betul2 kembang. Lebih kurg 15min.

2) bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yg disukai.. Letak sedikit sahaja pewarna,, sebab apam ni sesuai dengan warna yang lembut gitu.

3) isikan adunan sehingga penuh dalam cup untuk dapatkan kesan mekar yang cantik

4) panaskan air kukusan dengan api yang besar. Biar smpi betul2 mendidih. Penutup balut dgn kain utk mengelakkan air menitik ke atas adunan. Diingatkan,, guna api yg besar & kuat utk dapatkan mekar yg sebegitu

5) masa memasak kena set betul2 ...hanya kukus selama 4minit shj.. Lebih dr tu,, mmg terus kuncup la apam kau bile penutup dibukak.

6) susun acuan secara berjarak..ni pon utk effect mekar jgk.. Biar wap air naik molek keatas.

So simple,, tp mencabar.. Kalau xmenjadi jgn slhkn resepi ye. Haha

Nota penting : pukul adunan kena betul2 kembang & timing mengukus kena jaga betul2 utk apam yg sentiasa mekar.



Selamat mencuba..

Resepi asal oleh saudari  AIN KAMIS πŸ’—

APAM JEPUN

 Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sk. soda bicarbonate
1 cawan susu cair
1 biji telor
1 cawan air
1/2 packet yis kering
3 sb. gula
1 sb. margarine (cairkan)
1 sk. garam
1 sk. esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Inti : jam nenas,atau kacang merah,atau pes coklat..atau sekaya

Cara-caranya:

Campurkan air bersama yis dan gula untuk aktifkan yis.. Biar berbuih.
Campurkan susu cair dengan telor dan margarine cair..ketepikan.
 Masukkan bahan- bahan lain kedalam bekas,dan tuang campuran yis tadi, bersama campuran telur + susu, gaul rata, bila dah sebati, perap selama  1 jam dengan menutup bekas.

Cara masak :

Panaskan kuali leper ,sapu minyak. Sapukan juga minyak  di keliling acuan. Acuan yang digunakan di sini adalah acuan " egg banjo".
Tuang 1/2 adunan, biarkan selama  1 min baru sudukan inti, kemudian tutup dgn 2 sudu besar lagi adunan batter, tutup kuali..Biar selama 2-3 min , kemudian kikis acuan dgn pisau supaya kuih lekang dari adunan..bila kuih tanggal dari acuan balik2 kan supaya masak sekata..
Langkah terakhir.. angkat..!



Selamat Mencuba!
Resepi asal oleh saudari Mahani Hussain via masak apa hari ni.

APAM PANDAN

Bahan untuk resepi apam pandan gebu :

1)Tiga setengah cawan tepung gandum
2)Satu cawan air pandan ( kisar satu lima helai pandan dan tapis )
3)Satu cawan santan
4)Satu cawan gula pasir
5)Satu paket yis mauripan (11 gram)
6)Satu sudu teh garam
7)Pewarna hijau sikit

Cara cara membuat apam pandan kukus :

Satukan semua bahan dan kacau sampai sebati.
Perap selama satu jam
Dah siap perap, sapu minyak pada acuan
Tuang adunan separuh acuan
Kukus selama lima belas minit atau sampai masak.

Dah masak, biarkan seketika. Bila sudah sejuk baru keluarkan dari acuan dan gaul bersama kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.
Selamat mencuba.πŸ’—

Sumber resepi : Resepi IBU @ Facebook

APAM BERAS


Bahan-bahan:

2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis - mauripan
Kelapa parut + sedikit garam

Cara-caranya:

1. Blend nasi dan air sehingga hancur .
2. Setelah hancur, campurkan gula dan blend sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu, masukkan bahan yang diblender tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam.
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
6. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
7. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.


Anda boleh tambah apa- apa warna yang anda suka dan anda juga boleh guna apa-apa sahaja acuan yang anda ada..πŸ’–

Sumber resepi Resepi IBU @ Facebook 


Isnin, 14 September 2020

APAM NASI (guna acuan seri ayu)


BAHAN A
2 cawan nasi sejuk
1½ cawan gula pasir
2 cawan air

BAHAN B
1½ cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 peket yis mauripan
Sedikit pewarna kesukaan anda (jika suka)

CARA²NYA
1)Kisar bahan A sehingga halus.
2)Campurkan bahan B ke dlm satu bekas. Gaul rata.
3)Tuang bahan A ke dlm bekas berisi bahan B.
4)Kacau sehingga sebati semuanya.
5)Masukkan pewarna yg disukai & gaul lagi sehingga sebati.
6)Peraplah lebihkurang 1~2 jam.
7)Setelah cukup masa perapannya gaul²kan adunan tadi supaya sebati.
8)Panaskan pengukus dulu.
9)Sapukan minyak pada acuan² kecil supaya senang nk dikeluarkan.
10)Tuanglah adunan apam tadi ke dlm acuan & kukuslah 15~20 minit.

Siap! ....selamat mencuba..πŸ˜‹




Resepi asal oleh..saudari  ..Syana Anuya Manmad..πŸ’—







.................................................................................................................................................................................................................
APAM BAKAR

Resepi:

2cwn tepung beras.
1sudu besar tepung gandum.(supaya kekal lembut)
Yis 1sudu.
Gula 2sudu.
Garam sikit.

Blender:

pisang sebiji.atau 2biji.
lada hitam sikit.
halia sikit.
lengkuas sikit.
bwg merah sbiji.
air 1cwn...

cara- caranya:

Campur dengan  tepung tadi kacau2 perap dalam  3 atau 4 jam., lagi lama lagi sedap.
Dah Naik berbuih.bakar..griss minyak makan sikit je.masukkan adunan 2senduk tutup kuali..balik tutup kuali lagi.siap.
Cicah kelapa parut. Gaul garam sikit.

Selamat Mencuba..!



Sumber: Mas Tura @facebook

....................................................................................................................................................................



Korang yg gemar makan apam balik tu.. skrg dh blh buat sndiri..
nie admin share resipinya...
lagi ranggup..lagi sedap...
yg penting blh letak banyak jagung..
tue buat admin suka sgttt..πŸ˜ƒπŸ˜„πŸ˜„

Apam Balik Homemade

Bahan-bahan untuk apam balik:

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
1/2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning
Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali
Bahan-bahan untuk di tabur:
sebuk kacang tanah
1 tin jagung krim
gula pasir secukupnya

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk apam balik:
1) Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
2) Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
3) Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
4) Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
5) Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
6) Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angkat apam balik.

Selamat mencuba..

Kredit: Chu Hy Lea facebook