Translate

Memaparkan catatan dengan label berkuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berkuah. Papar semua catatan

Rabu, 4 Ogos 2021

Apam Berkuah

 Apam kuoh menu k.Zana ptg ni..

Bahan-bahan  untuk Apam :


1 1/2 cwn tepung beras cap teratai
1/2 cwn tepung gandum  cap rose
1 sdb yis mauripan.(letak dalam bekas) 

Blend 
1 cwn nasi sejuk
3/4 cwn gula
1 1/2 cwn air
 
Lepas blend..masukkan dalam tepung...kacau biar..selama 4 jam..tutup bekas dengan kemas.
Lepas 4 jam.. masukkan dalam bekas acuan kecil2 dan kukus lebih kurang 10 minit..jangan lupa sapukan sedikit minyak pada acuan supaya apam tidak melekat bila sudah masak.

Bahan-bahan untuk kuah:
 
6 ulas bwg merah *
1 ulas bwg putih *
1 sudu kecil lada hitam *
1 sudu kecil ketumbar *
1 sudu kecil jintan manis *
1 sdb gula perang*
4 sdb kelapa parut*
Isi seekor ikan sardin * (bergantung pada saiz ikan , kalau besar ambil seekor dah cukup , tapi kalau kecil, ambillah dalam 2-3 ekor)
 
1/2 kg santan
Gula Melaka (anda agak2 sendirilah nak manisnya setakat mana)
Garam

Blend semua bahan lepastu masukkan terus dalam periuk, bersama santan , gula melaka dan serbuk perisa dan garam..ikut sedap selera masing2 ya.. Tunggu gelegak masak dulu baru makan dengan apam ya...........selamat mencuba.......


 
 
  Kredit :Zana Anuar@fb.com