Translate

Isnin, 16 Ogos 2021

Resepi Daging Masak Merah

Daging Masak Merah.. Menu paling senang nak masak.. Dan sedap..

Resepi & Bahan²..

Rebus daging dgn pewarna merah (daging tak perlu di hiris) air rebusan daging tak perlu di buang.. Utk di jadikan kuah nanti.. 

Setelah daging masak & empuk.. Hiris nipis²

Bawang putih di tumbuk kasar
Cili boh/pes cili kering
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Sedikit kicap sotong
Gula, garam & pak aji (optional) 
Bawang holand, cili merah, bunga kobis (utk hiasan) 

Tumis bawang putih, cili boh, masukkan daging.. 
Goreng seketika.. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato.. & air rebusan daging tadi.. Kuah terpulang nk byk atau sikit.. 
Perasakan dgn gula, garam & pak aji.. Dah siap, bolehlah masukkan bahan hiasan tadi, bawang holand, bunga kobis & cili.. 

Siap utk di hidangkan..

Credit : Cik Ma

Keropok Lekor Homemade

BAHAN-BAHANNYA:
 
1 kilo ikan kembong(ambil isi mentah tak perlu rebus)*
2 sudu teh garam*
2 sudu teh maggi secukup rasa atau aji*
1 sudu teh lada sulah*
2 cwn tepung ubi
1 cwn tepung gandum
Air sejuk sikit utk letak dlm blender*(skit sja)
Sdikit minyak masak

CARA-CARANYA:
 
1.Kisar semua bhn bertanda*
2.kemudian satu kan bhn yg telah di kisar bersama tepung gandum dan tepung ubi.
3.Gaul dan uli sebati sampai tk melekat di tgn.
4.Dh siap uli,boleh lah di bentuk ikut saiz.
5.Panaskan air dlm periuk atau kuali & rebus.
Pastikan keropok lekor timbul baru di angkat dan gaul dgn sedikit minyak
6. Sejukkan dan boleh lah di goreng.

Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim 
Sumber resepi:FB

KEK LAPIS SERIKAYA KUKUS

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung kek @ tpg gandum pun boleh..
1/2 cawan gula kastor
1/2tin susu pekat
6 biji telur gred A
1 sdb ovalett
4 sdb milo + 1sdk serbuk nescafe / serbuk coklat pun boleh sy suka guna nescafe kek naik aroma
50g coffee mate
1 tin kaya ( tin kecil )
240 gm marjerin ( kmek guna marjerin pelangi Wangi )

Cara-cara

Pukul marjerin gula ovalett sampai kembang masukn telur sebiji2...pukul hingga kembang ...masukkan kaya sebati masuk kn..coffee mate..susu pekat ..sebatikan..
.. masukan tepung gandum sedikit2 pukul prlahan hingga sebati..

Bahagikn kepada 3 bahagian ( sy timbang adunan )
Masukkn milo dlm 1 adunan + nescafe... hijau sy guna Pandan emulco ..kuning .. msuk warna kesukaan anda sndiri...perasa n pewarna tepulang yer x semesti ikut sy punya ..

Panaskn kukusan sampai air melegak..api biasa jgn kuat sgt sdg2 nanti kek jd gelembung2 api telampau kuat...masukkn 1 adunan kedlm loyang yg dh disapu planta/ lapik kertas minyak...kukus satu2 lapisan dgn masa 5-8 minit api sederhana ..dn ulang yg sama sampai habis.bila lapisan terahkir biar selama 20 minit sampai masak... Sejuk baru dpotong

Selamat mencuba..

Kredit resepi by:Endun Bungai Kenunsung

.

RESEPI KEK LAPIS IDOLA

💛 SAIZ LOYANG: 8.5x8.5x4 
💛 SUHU OVEN: 150'C (ikut kepanasan oven masing-masing) 

🍬BAHAN-BAHAN🍬
🍫500gm mentega Anchor/Golden Churn 
🍫140gm gula castor 
🍫30gm ovallete
🍫10 biji telur gred AA
🍫380gm susu pekat manis F&N
🍫200gm horlick
🍫80gm serikaya
🍫50gram(1 bungkus)serbuk santan 
🍫340gm tepung pau/Hong Kong

🍫500gram Beryl's milk cooking chocolate(dicairkan)
👉 Jika tidak mahu terlalu manis boleh guna 200gm dark chocolate+300gm milk chocolate. 
🍫100gm milo
🍫1sb esen vanilla
🍫3sb browning sugar
🍫Pewarna kuning lemon

🍬CARA MENGADUN🍬
1. Mentega,gula, esen vanilla dan ovallete pukul sampai kembang dan gebu. 
2. Masukkan telur satu persatu. Sebatikan.
3. Masukkan susu pekat dan serikaya. Sebatikan.
4. Kemudian masukkan horlick, santan dan tepung pau/hong kong sedikit demi sedikit. Sebatikan.

🍬CARA BAHAGI ADUNAN🍬
👉 Ambil 1080gm adunan.
Masukkan pewarna kuning lemon. 

👉Adunan yg selebihnya.. Masukkan milo, cooking chocolate dan browning sugar. Sebatikan.

🍬CARA MELAPIS🍬
16 lapisan keseluruhan

ADUNAN KUNING: 3 LAPISAN (180gm setiap lapisan) 
1. Masukkan 180gm adunan kuning ke dalam loyang. Bakar guna api atas dan bawah selama 5minit. Kemudian tukar api atas shj dan bakar lagi selama 5minit atau sampai masak dan perang. 
2. Masuk lagi 180gm adunan kuning. Bakar sampai masak.
3. Masuk lagi lebihan adunan kuning. Bakar.

ADUNAN COKLAT: 10 LAPISAN (180gm setiap lapisan) 
4. Masukkan 180gm adunan coklat ke dalam loyang. Bakar sampai betul2 masak.
👉ulang step yg sama sampai adunan coklat habis.

ADUNAN KUNING: 3 LAPISAN (180gm setiap lapisan) 
6. Masukkan 180gm adunan kuning. Bakar sampai masak dan perang. 
👉ulang step yang sama sampai adunan kuning habis.

Sila rujuk gambar yang telah disediakan. 

😍SELAMAT MENCUBA😍
Kredit: kizzan bin razali