Translate

Isnin, 2 Ogos 2021

Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Resepi Kuah Sambal Tumis:

10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
 
Cara cara:
 
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
 
Nota:Kuah biar pekat dan masin sedikit.
 
Resepi Sambal Ikan:

1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
 
Cara cara:
 
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah.
Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sambal Cili:
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Bunga kantan
Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
 
Resepi Nasi:
 
5 1/2 pot beras. Air secukupnya.
Pewarna biru(atau guna 15 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
Serai diketuk
Daun limau purut
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
 
Resepi ayam madu bakar :

Ayam (rebus spruh masak) sbb tkut lmbt msk hehe
Gula
Tos tiram
Madu
Sos cili
Cili kering
Bawang(blend)
 
Kuantiti, saya agak-agak je.
 
Boleh juga dimakan bersama keropok goreng,telur masin dan bawang putih jeruk.

Kredit: Nurul Farhanim