Translate

Memaparkan catatan dengan label cheese. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cheese. Papar semua catatan

Rabu, 11 Ogos 2021

Resepi kerepek kentang cheese

Bahan :
 
1) Kentang
2) 2 sudu besar Cuka makan
3) Minyak
4) 500 ml Air
5) garam
6) Serbuk cheese ( nak ganti dengan lain pun boleh cth : serbuk blackpaper, serbuk cili)

Cara-cara

1) koyak kulit kentang
2) Guna pisau kupas kulit untuk hiris kentang halus2.
3) Rebus air bersama 2 sudu cuka makan, bila dah gelegak masukkan kentang, biarkan selama 3 minit (Tips untuk kentang kekal rangup dan tidak lembik bila di goreng)
4) Basuh dan toskan kentang, biarkan kentang kering seketika.
5) Panaskan Minyak dan pastikan minyak panas baru goreng kentang yang dh di tos sehingga kering airnya.
6) Goreng sehingga warna bertukar kuning keemasan and gelap sedikit.
7) Tapis dengan tisu dapur, biarkan minyak serap di tisu.
8) Masukkan kentang ke dalan bekas tertutup, Tabur garam sedikit with serbuk cheese.
9) Tutup Bekas and goncang bekas. Siap!

Cdt abs azhar

Rabu, 16 September 2020

POPIA CHEESE

Popia Cheese, Kalau Buat Confirm Kena Buat Lagi!

Nak share resepi sikit nie, gigih buat sebab masa raya hari tu tak puas makan.
Simple sangat ce try buat, konpem semua golongan suka 😋

Bahan²
- Kulit Popia 1 paket ( gunting ikut kreatif anda )
- 4 Sudu Gula Halus
- 1 Cawan Serbuk Cheese
- 1 Sudu Kecil Garam
- 1 Sudu Besar Serbuk Cili

Cara²
- Gunting kulit Popia , jemurkan sekejap dan goreng kekuningan
- Kisarkan serbuk cheese , serbuk cili , garam n gula .
- Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang dah digoreng tadi
- Sedia untuk dimakan.


Selamat Mencuba
Kredit: Farah Subhi