Translate

Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan

Rabu, 11 Ogos 2021

RESEPI AYAM BERSALUT RANGGUP

Bahan- bahan :

➡ Isi ayam (nak banyak mana pun boleh)
➡ Bread crumbs / cornflakes
➡ Mayonis / tepung bestari

Cara- cara :
 
➡ Hiris nipis dan memanjang isi ayam...
➡ Masuk mayonis n breadcrumbs dalam mangkuk
➡ Celup isi ayam dlm mayonis
➡ Salut pulak dengan breadcrumbs.
➡ Kalau ada plastik zip lock masukkn breadcrumbs pastu terjunkn ajer isi ayam yang dah salut mayonis dalamnya, goncang2 biar bersalut..
➡ Atur dulu dalam pinggan pastu simpan sejam dalam peti ais. biar suma bahan kenal mesra dulu
➡ Kalau xde breadcrumbs boleh gnti cornflakes... ramas2 bagi hancur sikit
➡ Option lain kalau xde mayonis... boleh guna tepung ni
➡ Tabur tepung bestari tu dan letak air skit... gaul bagi rata
➡Salut dengan breadcrumbs / cornflakes ikut suka.
➡ Simpan peti ais

Dah sejam tu, panaskn minyak... guna api sedang2 jer... minyak jangan panas sangat nanti luar dah garing dalam x masak... masuk isi ayam dan goreng sampai perang
Cicah dengan sos n mayonis.. terlajak sedap!

Sumber : FB Nor Izan Mustapa

RESEPI CHICKEN PERATTAL

CHICKEN PERATTAL
******************

BAHAN-BAHAN
Ayam – dipotong kecil
Sebiji tomato 
Daun kari sikit  
Daun ketumbar (pilihan, tiada pun takpa)
5 biji bawang kecil  
5 ulas bawang putih  
2 halia saiz ibu jari  
1 batang kayu manis  
5 buah pelaga  
2 bunga lawang 
1/2 sudu besar jintan manis 
2 1/2 sudu besar serbuk cili 
2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging 
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit  
Garam  

CARA PENYEDIANNYA
1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.
3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi
4. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.
5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
6. Kacau sebati dan masukkan buah tomato.
7. Masukkan 2 1/2 sudu besar serbuk cili dan 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging.
8. Kacau sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana. Kacau sekali sekala. Jika terlalu kering, boleh tambah air sedikit.
9. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak dalam 5 minit lagi.
10. Siap! Boleh makan dengan nasi panas, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat. Semua boleh.

SELAMAT MENCUBA 😃

kredit resepi: 
sheena supramaniam

#yatiemarvellous 
#looksgoodtoeat 
#fasa3bserimanjung 
#chickenperattal