Translate

Memaparkan catatan dengan label korean. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label korean. Papar semua catatan

Ahad, 8 Ogos 2021

Korean egg toast/gilgeori toast (길거리 토스트)


Bahan:-bahannya:  
 
2 keping roti
2 keping chicken slice
1 keping cheese
Mayonnaise
Sos tomato/cili
Gula
Campur sekali:
Kobis dihiris
Carrot dihiris
2 biji telur
Lada hitam
Garam secukup rasa.

Cara:
Goreng campuran telur &sayur mcm buat telur dadar. Asingkan.
Goreng chicken slice. Asingkan.
Roti sapu butter. Panaskan atas pan. Asingkan.

Bentang roti.
Letak chicken slice.
Letak telur dadar sayur.
Tabur sikit gula.
Letak mayo & sos tomato/cili.
Letak chicken slice.
Letak cheese slice.
(Boleh susun ikut sukahati😅)
Siap. Hidang.
Mudah saja👍

Sumber resepi : Elaine Tan

Sabtu, 26 September 2020

RESEPI AYAM KOREA SPICY

Resepi Ayam Korea Spicy

Bahan-bahan
• 2 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• Sedikit lada hitam
• 1 ekor ayam (potong kecil)
• 1 biji telur ayam
• Setengah mangkuk tepung gandum
• Setengah mangkuk tepung jagung
• 2 cawan minyak masak

• 2 ulas bawang putih (didadu)
• 1 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar madu
• 1 sudu besar gula perang
• Secubit garam
• 1 mangkuk kecil bijan

Cara membuat:

1. Tumbuk bawang putih, halia dan hitam. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.

2. Masukkan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi sampai betul-betul rata.

3. Panaskan minyak masak. Goreng secara deep fry. Angkat dan ketepikan.

4. Untuk buat kuah, panaskan minyak masak di kuali. Tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.

5. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau rata.

6. Masukkan bijan dan gaul sebati.

7. Akhir sekali, apabila kuah sudah masak, masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.


Kredit: Pesan Bonda