Translate

Jumaat, 25 September 2020

KUIH KOLEH KACANG

RESEPI KUIH KOLEH KACANG
BAHAN2

BAHAN A
1 cawan gula merah
1cawan air
2sdb gula halus
1helai daun pandan

BAHAN B
1cawan tepung kacang hijau
1sk garam
2cawan santan
1/2 cawan air

CARA2NYA

-Masak bahan A sekadar gula larut sj.. sejukkan dan tapis...(jgn smp air gula pekat)
-satukan bahan (B), kacau hingga rata dan sebati dan tapiskan ke dlm kuali...(guna bekas kuali yg buat tahi minyak tadi)...
-masukkan bahan A ke dlm bancuhan B, kacau di atas api sederhana.. (tuangkan 2sb minyak tahi minyak supaya berkilat).
- Adunan hendaklah dikacau, supaya tidak bergentel dan melekat di dlm kuali..
-bila dah masak tuangkan ke dlm loyang yg telah di sapu minyak... Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya..

CARA MEMBUAT TAHI MINYAK
2cawan santan pekat
Garam sedikit
-masak dgn api perlahan sehingga menjadi tahi minyak dan warna kekuningan.Tapis supaya tahi minyak tidak hitam.
Minyaknya jgn buang guna dlm adunan supaya berkilat...

credit : Juma Natull‎

NASI DAGANG WARISAN TERENGGANU

Subuh subuh lagi kukus, 'arong' dan menggulai. Kalau bandingkan dengan nasi lain, nasi dagang ni lebih senang sebenarnya nak masak. Lebih kepada teknik. Bahan sangat tak banyak guna. Nasi dagang Terengganu ginilah. Masok kene dengang tertib terning oghang Teganung kate. Baru jaddi. 

Selalunya oghang Teganung gune repoh cap bunga Ros. Kami lagi suka guna rempah 'homemade' nenek dan rempah gulai Dayang Suri. 

Nasi dagang warisan Terengganu. Semoga anak-anak Terengganu tidak lupa makanan tradisi ini. Marilah kita berkongsi resepi. 

Untuk nasi. 
Bahan-bahan :
1 kg beras wangi. 
Santan cair 2 cawan. (saya guna cawan metrik) 
Santan pekat 2 cawan. 
Bawang merah 4-5 biji (dimayang sangat halus)
Halia 1 inci (dimayang sangat halus) 
Halba 1 sudu besar. 
Garam gula sebagai perasa.

Cara-cara masak nasi dagang :

Sediakan 1kg beras wangi. 
Rendam semalaman. 
Esoknya, cuci bersih-bersih. 
Panaskan kukusan. Alaskan kukusan dengan daun pisang. 
Kukus pulut untuk kali pertama selama 20-30 minit. 
Keluarkan nasi dari periuk kukusan, masukkan ke dalam besen besar. 
Campurkan bersama santan cair. 
Gaul sebati. 
Kukus semula dan waktu kukus kali kedua ni terus masuk halba. Kukus sehingga masak. Anggaran 20 minit. 
Masukkan sekali lagi nasi ke dalam besen besar, kali ini nasi digaul bersama santan pekat pula yang telah siap diperasakan garam gula. 
Setelah sebati, masukkan halia dan bawang merah yang telah siap dimayang. 
Siap nasi dagang. 

Untuk gulai ikan tongkol :
Bahan-bahan :
1 ekor ikan tongkol (Kukus/rebus dulu ikan bersama asam keping + garam + nisan semalaman) 
10 biji bawang merah dikisar
4 biji bawang putih dikisar 
1 inci halia dikisar 
1 inci lengkuas dikisar
3-4 sudu cili boh
200ml santan(agak2 jugak ni, kalau rasa tak nak berlemak sangat, jangan letak banyak) 
Asam keping 
Nisan kerek
Garam
5 sudu besar rempah gulai(terpulang apa-apa jenis rempah) Nak lebih, boleh tambah. 
Minyak secukupnya untuk menumis.

Cara-cara :
Panaskan minyak. 
Nak gulai cantik, minyak kena banyak.
Masukkan bahan kisar. 
Masukkan campuran rempah bersama cili boh. 
Masak sampai pecah minyak. 
Masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ikan. 
Tunggu pecah minyak lagi. 
Masukkan ikan. Masukkan asam keping(terpulang berapa keping sebab ikan dah rebus dengan asam keping) 
Masukkan santan. 
Tunggu mendidih. Perasakan. 
Siap gulai ikan. 

Untuk acar :
Timun batang 
Lobak merah 
Bawang merah 
Cili merah besar 
Cuka
Garam 
Gula

Potong panjang2 tirus2. Campurkan semua dan seimbangkan rasa. Siap acar. 

#NasiDagang
#DapurberasapIna 


**arong = gaul sebati 🙂

Sumber resepi : Raja Azlina