BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan talapia
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 helai daun limau purut
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar asam jawa - direndam dengan air dijadikan pes
Garam
Gula
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
7 biji cili api
2 inci kunyit
1 inci halia
CARA MASAK :
Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
Gorengkan ikan sehingga garing.
Tumiskan bawang kisar dengan cili kisar sehingga pecah minyak.
Apabila peca minyak masukkan air asam jawa, garam, gula dan daun limau purut. Biarkan merenih.
Kemudian masukkan ikan. Gaul sehingga sebati ikan dengan kuahnya.
.
Kredit : Khadijah Jaafar