Translate

Memaparkan catatan dengan label kerabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerabu. Papar semua catatan

Rabu, 11 Ogos 2021

Resepi Ikan bawal emas goreng kerabu mangga

Goreng ikan bawal emas mcm biasa letak garam dan kunyit dan ajinomoto sikit. Ajinomoto tu optional la. Tak letak pun xpe....

Untuk kerabu mangga

Bahan2nya

Mangga muda
Serai
Bawang kecil thai
Daun ketumbar
Cili api
Bunga kantan
Hiris halus semua bahan dan ketepikan.

Untuk sos

Sunquick orange
Sanquick lemon
Sos tiram
Sos ikan
Madu
Garam

Masukkan semua bahan dan panaskan sekejap atas api perlahan. Biar sekejap smpi pekat. Tutup api dan sejukkan sekejap. 

Bila dah sejuk sikit masukkan  sos dalam bahan2 yg dihiris halus td dan gaul rata. Letakkan atas ikan yg dah di goreng td. Siappp...

Rabu, 23 September 2020

RESEPI KERABU MAGIE THAI

BAHAN-BAHAN:


1 paket mi segera | dicelur dan ditoskan (magie siam lagi bagus)
1 biji tomato | dipotong dadu
2 biji cili merah | dihiris
Segenggam daun ketumbar | dicincang
6 ekor udang segar | dicelur
3 ekor sotong
2 sudu teh pes tomyam thai
1 biji jus limau nipis
2 sudu sos ikan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Satukan pes tomyam, jus limau nipi, sos ikan, garam dan gula. Bancuh sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan tomato, cili merah dan daun ketumbar. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan mi segera dan udang yang telah dicelur. Gaul hingga semua bahan mesra.
4. Sedia untuk dinikmati.