Translate

Selasa, 15 September 2020

APAM UNICORN @ APAM MEKAR (tidak guna soda)

Bahan-bahan :

1) 4biji telur gred A
2) 500gram tepung gandum
3) 400gram fresh milk sejuk (dari peti ais)
4) 360gram gula pasir
5) 1sudu besar ovalete
6) sedikit esen vanilla

Cara-cara :

1) campur kesemua bahan diatas dan pukul hingga betul2 kembang gebus gebas & fluffy. 5minit awal,, guna lower speed, selepas itu guna high speed sampai adunan betul2 kembang. Lebih kurg 15min.

2) bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yg disukai.. Letak sedikit sahaja pewarna,, sebab apam ni sesuai dengan warna yang lembut gitu.

3) isikan adunan sehingga penuh dalam cup untuk dapatkan kesan mekar yang cantik

4) panaskan air kukusan dengan api yang besar. Biar smpi betul2 mendidih. Penutup balut dgn kain utk mengelakkan air menitik ke atas adunan. Diingatkan,, guna api yg besar & kuat utk dapatkan mekar yg sebegitu

5) masa memasak kena set betul2 ...hanya kukus selama 4minit shj.. Lebih dr tu,, mmg terus kuncup la apam kau bile penutup dibukak.

6) susun acuan secara berjarak..ni pon utk effect mekar jgk.. Biar wap air naik molek keatas.

So simple,, tp mencabar.. Kalau xmenjadi jgn slhkn resepi ye. Haha

Nota penting : pukul adunan kena betul2 kembang & timing mengukus kena jaga betul2 utk apam yg sentiasa mekar.



Selamat mencuba..

Resepi asal oleh saudari  AIN KAMIS ðŸ’—

Tiada ulasan:

Catat Ulasan