Translate

Memaparkan catatan dengan label cucur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cucur. Papar semua catatan

Rabu, 11 Ogos 2021

RESEPI CUCUR CRABSTICK

Jom buat cucur bulat crabstick, rangup diluar lembut didalam.

Bahan - bahannya:

1 1/2 cawan tepung gandum cap sauh
1 1/4 cawan air panas mendidih
12 crabstick, hiris halus
daun sup
lada putih
garam
seasoning

Satukan kesemua bahan diatas kecuali air panas.
Tolakkan sedikit tepung ditepi bekas, tuangkan air panas sedikit demi sedikit.
Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan.
Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
Setelah doh agak sejuk sedikit, sapukan tapak tangan dengan minyak.
Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan.
Goreng dengan minyak yang panas api sederhana.

Hidangkan dengan sos kesukaan.

Sumber : kualihelena
#bestmalaysiafoodviral