Translate

Memaparkan catatan dengan label terung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terung. Papar semua catatan

Rabu, 16 September 2020

TERUNG MASAK MINANG

4 biji terung
5 batang lada merah
5 batang lada hijau
(klo nak pedas tambah cili padi)
3 helai daun limau perut
2 biji bawang besar
serbuk kunyit,perasa.

cara;
Terung di potong 2,goreng hingga nampak garing sedikit kemudian toskan minyak. Cili merah,cili hijau dan bawang besar tadi di kisar jgn sampai halus, biar kasar2 sedikit. Tumis bahan yg telah di kisar td masukkan perasa dan kunyit serbuk ,ratakan sampai naik minyak.Terung yg telah di toskan td di atur dlm piring dan bahan2 yg telah cukup masak td tuangkan atas terung td.

TERUNG MASAK KICAP BERCILI

 Jumlah Hidangan : 2 orang

Bahan-Bahan:

2 biji terung panjang, saiz sederhana
5-10 biji cili padi, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang besar. hiris nipis
Kicap manis
Garam
Minyak, untuk menggoreng dan menumis
Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk memasak:
Potong dadu terung tapi jangan terlalu kecil. Gaulkan dengan sedikit garam dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam anggaran 2 cawan dan goreng terung separuh masak. Jangan sampai lembik. Goreng berperingkat sehingga selesai.
Kurangkan minyak dalam anggaran 1 senduk. Tumis bawang besar dan cili padi sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih dan diikuti terung yang digoreng tadi. Masukkan pula kicap pekat. Jika anda suka berkuah, lebihkan kicap.
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Tips:
Bawang putih dimasukkan agak lambat sedikit kerana jika digoreng agak lama ia mudah hangus dan memberikan rasa pahit yang tidak enak.

KARI TERUNG UDANG

Bahan - bahannya:


350 gm terung panjang

150 gm udang,buang kulit

1 biji tomato

30 gm serbuk kari ikan,dibanch dengan sedikit air menjadi pes

600 ml santan

2 sudu makan air asam java

Garam secukup rasa

Bahan tumis:

1 biji bawang besar,hiris halus

6 ulas bawang merah,belah 2

2 tangkai daun kari

1 sudu teh halba

4-5 sudu makan minyak

Cara- caranya:

1. Panaskan minyak and tumis bahan tumis hingga wangi dan bila bawang menjadi perang. Masukkan pes kari dengan sedikit air tumis hingga naik miyak.

2. Masukkan terung dengan tomato dan kacau rata. Masukkan santan dan air asam kacau rata dan biarkan masak hingga terung 1/2 masak masukkan udang dan garam kacau dan masak hingga terung masak .


Simpe bukan,? 👍😃

Sumber: Resepi Ibu @ Facebook 

TERUNG MASAK TAUCU

Bahan:

3 biji terung potong serong
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
sedikit ikan bilis*
sedikit cili api*
3 sudu taucu.. cuci supaya hilang rasa masin..
gara & aji
gula

Cara:

tumbuk bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan taucu.. kemudian masukkan terung..
tumiskan sekejap.. tambah sedikit air.. garam aji dan gula..
masak hingga terung lembut..
sedia untuk dihidang.

Mudah..? 😄 Sumber : Resepi Ibu @ Facebook

TERUNG MASAK LEMAK PUTIH

BAHAN-BAHANNYA :


3 biji terung biru (cm guna terung organik)

1 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar
2 1/2 cawan santan cair
1 cawan pati santan
1 helai daun kunyit, disiat
1 biji cili merah, hiris
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :


Terung dibuang sedikit kulitnya, belah 2 dan kerat 2 setiap belahan. Kemudia buat belahan tak putus untuk setiap bahagian terung. Rendam. Toskan udang kering, tumbuk kasar. Ketepikan.
Masukkan udang kering, hirisan bawang merah, bawang putih dan santan cair ke dalam periuk. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan terung (toskan) dan masak sekejap. Tuang pati santan dan tambah daun kunyit. Biar mendidih dengan api kecil, kacau selalu.
Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah, masak hingga terung lembut, tapi tidak lembik. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan juga ikan goreng/ikan masin. 



Sumber : Resepi Ibu @ Facebook