Translate

Sabtu, 19 September 2020

RESEPI PIZZA MINI

Resepi pizza mini. Jom try!

BAHAN-BAHAN
- 250ml cawan air suam
- 1 peket yis mauripan
- 1sk gula
- 1sk susu pekat
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1/4 sk garam
- 1 cawan majerin

CARA-CARA
1. Campurkan gula, susu pekat ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

2. Dalam mangkuk Yang lain masukkan 4 cawan tepung gandum, majerin, garam, telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.

3. Kemudian baru masukkan yis yang dah naik tuang sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat ditangan.

4. Bila doh dah tak melekat ditangan boleh tutup biar dalam 20 atau 30 minit untuk bagi doh naik 2x ganda.

5. Letak topping dan bakar pada suhu 190°C selama 20 minit.

TOPPING
* Tomato puri
* Vages campur 
* Sosej
* cheese cheddar atau mozarella
* sos cili
* mayonis


Kredit: Natasha Jeffrey

RESEPI MEE KARI SIMPLE

Resepi Mee Kari
.
Bahan² untuk kuah:
🥘Ayam @ daging
🥘Tauhu pelampung (goreng sekejap)
🥘2biji bawang merah besar *
🥘3biji bawang putih*
🥘2s/b udang kering*
🥘10tangkai cili kering*
🥘1batang serai (ketuk)
🥘4s/b serbuk kari√
🥘2s/b serbuk cili√ (nak skip pn bole)
🥘1kotak kecik santan
🥘1cwn air
🥘1pc kiub pati ayam
*Kisar*
√bancuh degan sedikit air√
.
Cara:
👉Panaskn minyak... Masuk serai.. masuk bahan kisar * dan √... Tumis sampai pecah minyak... Masuk ayam@dging.. bia bagi masak sekejap ya... Lepastu bru masuk santan dan air serta kiub pati ayam....kepekatn kuah agak² je ya.. jagan cair@pekat sangat.. Perasakan garam... gula dan perasa... Biar mendidih... Baru masuk tauhu tadi.. siap...
.
Bahan lain:
🔸Mee kuning (celur sekejap)
🔸Fishball (goreng&hiris)
🔸Fishcake (goreng&hiris)
🔸Tauge
🔸Daun sup (hiris)
🔸Lada merah/hijau (hiris)
🔸bawang goreng
🔸Limau kasturi
🔸Telur rebus belah dua
🌱Nak tambah kerang/udang pun bole🌱

.
Selamat mencuba🧡

kredit: Bunga Jua

RESEPI SATE AYAM (anggaran 130 cucuk)

Resepi sate ayam (anggaran 130 cucuk)

Bahan -Bahan
- 3 kg dada ayam dipotong dadu sedang2 jangan kecik sangat 
- Lidi sate.. Rendam dalam 4jam atau lebih untuk elak lidi sate 
 terbakar semasa dibakar hehhehe
- 25 sudu gula pasir
- 2 sudu garam

Bahan disangai
2sudu jintan putih
3sudu jintan manis
8sudu ketumbar
Sangai bahan diatas didalam kuali jgn sampai hangus agak2 dah naik bau matikan api.

Bahan-Bahan kisar
4ulas bawang kecik
8 ulas bawang putih
serai 3 batang
halia
kunyit hidup (kalau x da pakai kunyit serbuk)
lengkuas
bahan yang disangai
air secukupnya
Masukan semua bahan di pengisar ..kisar hingga halus

sediakan bekas  letak dada ayam yang dah di potong masukan garam ,gula dan bahan yang telah dikisar.gaul sampai rata n sebati. kemudian tutup dengan wrap n masukan didalanm peti sejuk bawah dalam 2 jam untuk rasanya sebati.

selepas 2 jam keluar dari peti ais  dan mula la mencucuk .1 lidi sate sis letak 3pcs dada ayam..lepastu masukan dalam plastik simpan di peti ais atas sejuk beku untuk tahan lama .selesai cucuk  lebihan perapan  boleh campur dalam kuah kacang baru rasa sedap hehehehe

sis biasa buat   3 hari sebelum nak bakar.sebelum bakar keluarkan dulu dalam 3 jam 
kalau malas nak bakar boleh jer goreng sedap jgak 
 
RESEPI SAMBAL KACANG:
Bahan-Bahan
2cawan kacang tanah digoreng dan dikisar dengan 4cawan air. 
*3 sb lada kering
*3 sb ketumbar
*2 sb jintan manis
*2 ulas bawang putih
*2ulas bawang kecik
*2 ulas bawang besar
*Lengkuas
1batang seri dititik atau diketuk
Air asam jawa
Garam
Gula
Serbuk perasa
3s sb sos cili
3sudu sos tiram

Cara-cara
1.Kisar ke semua bahan yang bertanda *. 
2.panaskn minyak didalam kuali
3.minyak panas masukan serai dan bahan yang dikisar.. Tumis sehingga pecah minyak. Letak garam gula n serbuk perasa.. 
4.kemudian masukan kacang yang dikisar. Biarkan sambal kacang kita mendidih (kalau kurang air tambah air hehehe) 
5.Masukan sos cili sos tiram n air asam jawa.. Kecik kan api sambal kacang mendidih lgi... Kemudian rasa... Rasa dah ok.. Siap la sambal kacang kita....  
TIPs:nak bagi sambal kacang sedap... Rempah bahan perap sate yg lebih tu sis letak sikit ke dalam sambal kacang.. Rasa dia lg terangkat


Sb: Sudu Besar
#syafirafiera