Translate

Sabtu, 19 September 2020

RESEPI KEK GULA HANGUS

🍮 RESEPI KEK GULA HANGUS KUKUS 🍮

Resepi ni senang sangat, yang tak ada oven boleh laa cuba resepi ni 😉 Boleh buat untuk minum petang, atau sebarang majlis.. Lembut je kek nye..

Bahan dan cara² nye semua hakak dah letak sesiap dlm gambar.. Selamat mencuba 😘💕

RESEPI PAU SIMPLE/SENANG

Bahan-bahan

1/2 kg tepung gandum
11/2 sudu gula
1 camca kecil baking powder
1 sudu shortening
1 cawan air suam
1/2 pkt mauripan
Inti ikut suka

Cara2:
 
1. Campurkan 1/2 sudu gula & yis dlm air suam. Tunggu yis berbuih
2. Campurkan semua bahan2 lain... tepung, gula, baking powder & shortening.. gaul rata
3. Masukkan campuran yis & tambah sdkt air sambil uli
4. Uli sampai doh lembut (uli macam sental baju tu)
5. Rehatkan doh dlm 30min (tutup rapat /tutup dgn kain lembap)
6. Lepas 30min, tumbuk doh utk buangkan angin. Uli lagi dlm 5 minit
7. Bulat2kan, besar ikut suka, masukkan inti
8. Kukus selama 7 minit dlm air yg dah mendidih , api kukusan besar
9. Cukup 7 minit, alihkan dulu pengukus baru bukak penutup pengukus


Credit》Marlia lia via mahn

RESEPI PIZZA MINI

Resepi pizza mini. Jom try!

BAHAN-BAHAN
- 250ml cawan air suam
- 1 peket yis mauripan
- 1sk gula
- 1sk susu pekat
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1/4 sk garam
- 1 cawan majerin

CARA-CARA
1. Campurkan gula, susu pekat ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

2. Dalam mangkuk Yang lain masukkan 4 cawan tepung gandum, majerin, garam, telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.

3. Kemudian baru masukkan yis yang dah naik tuang sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat ditangan.

4. Bila doh dah tak melekat ditangan boleh tutup biar dalam 20 atau 30 minit untuk bagi doh naik 2x ganda.

5. Letak topping dan bakar pada suhu 190°C selama 20 minit.

TOPPING
* Tomato puri
* Vages campur 
* Sosej
* cheese cheddar atau mozarella
* sos cili
* mayonis


Kredit: Natasha Jeffrey