Translate

Ahad, 1 Ogos 2021

Kek Lapis Cadbury

Bahan - bahan:

500g butter
200g gula halus
1sm ovallate
1/2 tin  susu pekat
1sk esen vanilla
10 biji telur
1tin kecil srikaya
50g santan peket
250g tepung pau/hk
kelapa kering secukup nya
2botol cadbury
 
cara-cara:

*butter,gula halus,ovallate,susu pekat,esen vanilla pukul hingga kembang & sebati.
*masukkan telur satu persatu,pukul rata..
*masukkan srikaya & santan peket..pukul sebati..
*masukkan tpg sikit2..pukul perlahan hgga sebati..
*bahagi adunan kpd 10 lapisan
*letak kelapa kering dkt lapisan 1,2,4,5,7,8,10
*tabur atas adunan
 
letak cadbury dkt lapisan ke 3,6,9
**susun coklat dulu,baru letak adunan.
**lapisan pertama guna api atas bawah..
**lapisan kedua & seterusnya guna api atas sahaja..
**lapisan terakhir guna api atas bawah..
**suhu 160c/10minit .. atau ikut kepanasan oven masing2..sebab lain oven lain suhu kepanasan..

***Guna loyang 8x8***

 
 

 
 

kredit : Ieqa Schafieqa via Resepi Mama Kent


 

Resepi Rendang Telur

Rendang telur kalau makan dengan nasi putih panas-panas atau nasi lemak..perghh mesti bertambah-tambah nasi ni..
 
Resipi Rendang Telur
 
* Telur anggaran 30 biji rebus ( Digoreng, tapi tak goreng pun boleh).
* Serai 5 btg .halia 2 in.lengkuas 2 in.
11 ulas bwg merah.
* Cili kering / cili api ikut suka bnyk mne.
* 2 sudu mkn rempah kari daging babas.( rempah rendang jenama ape ikutlh.)
* 1 sudu mkn serbuk jintan manis.
* 2 sudu mkn kerisik.
* 1/2 caw santan kotak..( mak mmg guna santan tak bnyk ).
* 2 helai daun kunyit.
* Asam kpg gula dan garam secukup rasa.
 
Cara..
 
*Blendkan bawang, halia, lengkuas, serai dan cili.
*Tambahkan sekali sehelai daun kunyit.yg lagi sehelai tu utk hiris2 nti bila rendang dh siap msk.
*Tumis bhn yg diblend agak2 wangi msukn rempah kari/ rempah rendang dan serbuk jintan    manis.masukkan santan, asam kpg gula & garam. tmbhkn sikit air ltk assm kpg masukn kerisik .dh mendidih kuat pelankn api masukn telur.terpulang lh nk kuah banyak ke kuah kering.
*Taburkn hirisan daun kunyit yg tinggal
sehelai tadi tu.....dh siap.selebihnye air tangan memasing.....

 

Rendang telur juga enak dimakan bersama nasi lemak.
Selamat Mencuba...
 
 
 Kredit Resepi : siti anah saleh via mahn

Sabtu, 26 September 2020

RESEPI AYAM KOREA SPICY

Resepi Ayam Korea Spicy

Bahan-bahan
• 2 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• Sedikit lada hitam
• 1 ekor ayam (potong kecil)
• 1 biji telur ayam
• Setengah mangkuk tepung gandum
• Setengah mangkuk tepung jagung
• 2 cawan minyak masak

• 2 ulas bawang putih (didadu)
• 1 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar madu
• 1 sudu besar gula perang
• Secubit garam
• 1 mangkuk kecil bijan

Cara membuat:

1. Tumbuk bawang putih, halia dan hitam. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.

2. Masukkan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi sampai betul-betul rata.

3. Panaskan minyak masak. Goreng secara deep fry. Angkat dan ketepikan.

4. Untuk buat kuah, panaskan minyak masak di kuali. Tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.

5. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau rata.

6. Masukkan bijan dan gaul sebati.

7. Akhir sekali, apabila kuah sudah masak, masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.


Kredit: Pesan Bonda