Translate

Rabu, 4 Ogos 2021

Resepi Udang Masak Diraja

Bahan Kisar :

4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi/besar atau ikut citarasa
3 sudu sk cili kering kisar (nak pedas letak la lebih)

Bahan Lain :

1 kg Udang galah / udang kulit putih etc
2 batang serai dititik
Daun kunyit dihiris halus
2 keping Asam keping
Garam dan gula sesedap rasa
1 cawan santan pekat

Cara Memasak :

Tumiskan bahan yang dikisar.
ila minyak naik masukkan serai dan asam keping. Masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit. Buarkan merenih, pekat skit. Kemudian masukkan perasa garam sedikit dan gula secukup rasa.Akhir sekali masukkan udang.. Masak jangan lama sangat, nanti udang tak fresh.

kredit:Zulfaza Loves Cooking ZLC
 

Resepi Kek Oreo Red Velvet Cheese

Base kek : 
1 pack @ 14 keping Oreo Red Velvet
(biskut sahaja, asingkan creamnya)
80gm butter (dicairkan)

Bahagian Cream Cheese :
500gm cream cheese
250ml whipping cream
4sb @ 50gm gula icing
1sb @ 10gm serbuk gelatin
Cream oreo yang diasingkan
6 biskut oreo (dicincang kasar)

Lapisan atas :
200ml whipping cream
2sb @ 25gm gula icing
2gm serbuk gelatin
Sedikit red velvet emalco @ pewarna merah/pink

Sukatan bahan dan step by step juga ada di setiap gambar ye. Loyang yg digunakan saiz 8 inci

Sumber  : 1001 resepi

Resepi Sotong Bakar Thai

Bahan-Bahan:

Sotong saiz besar
Isi Udang segengam
Telur 1 biji

Bahan Sos:

5 ulas Cili kecil
4 sudu Gula
secubit Garam
3 sudu Cuka makan
3 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
2 sudu kecil tepung jagung
sedikit air
Hirisan daun ketumbar

Bahan kisar utk inti:

1 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 hirisan Halia

Cara-cara membuat inti:
Hancurkan isi udang & Gaul dgn telur & bahan Kisar

Cara-cara menyumbat inti:
Sumbat inti tadi dlm sotong.Ambil lidi atau apa shj yg blh cucuk utk tutup sotong & kepala bersatu.

Cara-cara memasak sotong:
Bakar sotong sumbat tadi,(sy guna pemanggang ajaib shj) kemudian bila sudah masak potong sedikit tp buat jgn bagi terpisah.

Cara-cara membuat sos:
Tumis semua Bahan. Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.

Cara-cara hidangan:
Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis& Siap utk dimakan. 😋
 

*** Bahan2 mengikut kuantiti sotong & saiz.

Selamat Mencuba!

Kredit Resepi: Fadhilah Esa@fb.com