Translate

Rabu, 11 Ogos 2021

RESEPI CUCUR CRABSTICK

Jom buat cucur bulat crabstick, rangup diluar lembut didalam.

Bahan - bahannya:

1 1/2 cawan tepung gandum cap sauh
1 1/4 cawan air panas mendidih
12 crabstick, hiris halus
daun sup
lada putih
garam
seasoning

Satukan kesemua bahan diatas kecuali air panas.
Tolakkan sedikit tepung ditepi bekas, tuangkan air panas sedikit demi sedikit.
Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan.
Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
Setelah doh agak sejuk sedikit, sapukan tapak tangan dengan minyak.
Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan.
Goreng dengan minyak yang panas api sederhana.

Hidangkan dengan sos kesukaan.

Sumber : kualihelena
#bestmalaysiafoodviral

RESEPI GULAI IKAN KERING NENAS KELANTAN STYLE

Bahan-bahan

- 2 ekor ikan kering (sy guna ikan cencaru)
-1/2 biji nenas
-3 biji bawang merah (blend)
-2 ulas bawang putih (blend)
-1 inci lengkuas (blend)
-2 inci kunyit hidup
-2 sudu besar cili kering kisar
-lada hijau
-1/2 biji santan
-1 biji timun

Cara-cara

-masukkan semua bahan yg diblend
-biarkan mengelegak masukkan santan
-biarkan mengelegak
-kemudian masukkan ikan masin , nenas, timun, lada.
-masukkan gula secukup rasa
-jika kurang masin ( tambH garam)
sbb ikan dh masin.
-biarkan mendidih seketika dan siap 😊 

kredit:empunya resepi
#bestmalaysiafoodviral

RESEPI BROWNIES KUKUS CREAM CHEESE

Bahan2 (1)
 
300 grm tepung segera brownies
120 grm myk jagung atau myk masak
50 grm coklat cabury milk atau cooking coklat
4 biji telor
45 grm susu pekat
25 grm gula halus
campurkan semua bahan 1, mix hingga sebati dan gebu

Bahan2 (2) cream cheese
 
125 grm cream cheese
50 grm gula halus
50 grm tepung gandum
1 biji telor
campur semua bahan 2, mix atau blend hga halus sebati.

Cara2nya
Lapik loyang kukusan dgn plastik dipermukaan bwh loyang potong plastik mengikut besar tapak loyang anda, ambil 3 senduk makan bahan 1, masukkan pd layer pertama, masukkan pula bahan 2, 1 sudu makan keatas lapisan pertama td, buat sehingga abis semua lapisan, kukus 25 minit hingga masak brownies cream cheese. Slmt mencuba
 
Nota:pastikan tudung pengukus anda dibalut dgn kain atau tuala supaya permukaan brownies tdk dimasuki air wap.

kredit:empunya resepi
#bestmalaysiafoodviral