Translate

Rabu, 11 Ogos 2021

Resepi Ikan bawal emas goreng kerabu mangga

Goreng ikan bawal emas mcm biasa letak garam dan kunyit dan ajinomoto sikit. Ajinomoto tu optional la. Tak letak pun xpe....

Untuk kerabu mangga

Bahan2nya

Mangga muda
Serai
Bawang kecil thai
Daun ketumbar
Cili api
Bunga kantan
Hiris halus semua bahan dan ketepikan.

Untuk sos

Sunquick orange
Sanquick lemon
Sos tiram
Sos ikan
Madu
Garam

Masukkan semua bahan dan panaskan sekejap atas api perlahan. Biar sekejap smpi pekat. Tutup api dan sejukkan sekejap. 

Bila dah sejuk sikit masukkan  sos dalam bahan2 yg dihiris halus td dan gaul rata. Letakkan atas ikan yg dah di goreng td. Siappp...

RESEPI MINI PAVLOVA

Bahan-bahan:

4 biji telur putih
1 cawan gula
1/2 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung

Bahan Krim:
 
1 1/2 cawan krim putar tenusu (sejuk)
2 sudu besar gula

Cara-cara:
 
Panaskan oven pada suhu 110ÂșC.

Pukul putih telur sehingga menjadi seperti buih halus.

Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga putih telur menjadi ringan dan kaku lebih kurang 10-15 minit. Gunakan kelajuan yang tinggi.

Tambahkan jus lemon dan juga esen vanila ke dalam adunan tadi. Kaup balik adunan sehingga rata.

Masukkan pula tepung jagung. Kaup balik lagi sehingga adunan sebati. Jangan terlalu lama dan kuat.

Masukkan adunan ke dalam piping bag supaya lebih mudah untuk dibentuk.

Pipekan ke atas dulang secara membulat. Biarkan tengahnya rendah daripada bahagian tepi untuk meletakkan krimnya kemudian. Pastikan dulang di alas dengan kertas pembakar.

Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga sedikit kekuningan (hampir putih).

Selepas bakar, biarkan ianya di dalam ketuhar selama 30 minit. Kemudian biarkan ia betul-betul sejuk di luar sebelum letak krim di atasnya.

Untuk membuat krim, pukul krim putar (whipping cream) bersama gula sehingga kental. Jangan pukul terlalu lama kerana krim akan mencair jika terlebih pukul. 

Pipekan krim ke atas mini pavlova yang telah sejuk tadi dan hiasankan dengan buah-buahan kegemaran.

=====

Tips untuk membuat meringue (adunan putih telur) :

Pastikan bekas untuk membancuh adunan, bekas untuk mengisi semua bahan, dan semua alatan untuk membuat meringue betul-betul bersih dan kering.
Pastikan putih telur tak bercampur sedikit pun dengan kuning telur dan tidak terkena air, minyak dan sebagainya.

Untuk memastikan meringue betul-betul kental, terbalikkan mangkuk selama lebih kurang 10 saat. Jika adunan tidak jatuh, meringue tu dah ok. Jika jatuh, pukul lagi sehingga kental.

Pukul dengan kelajuan yang tinggi.

Kredit: buat orang lapo

Resepi kerepek kentang cheese

Bahan :
 
1) Kentang
2) 2 sudu besar Cuka makan
3) Minyak
4) 500 ml Air
5) garam
6) Serbuk cheese ( nak ganti dengan lain pun boleh cth : serbuk blackpaper, serbuk cili)

Cara-cara

1) koyak kulit kentang
2) Guna pisau kupas kulit untuk hiris kentang halus2.
3) Rebus air bersama 2 sudu cuka makan, bila dah gelegak masukkan kentang, biarkan selama 3 minit (Tips untuk kentang kekal rangup dan tidak lembik bila di goreng)
4) Basuh dan toskan kentang, biarkan kentang kering seketika.
5) Panaskan Minyak dan pastikan minyak panas baru goreng kentang yang dh di tos sehingga kering airnya.
6) Goreng sehingga warna bertukar kuning keemasan and gelap sedikit.
7) Tapis dengan tisu dapur, biarkan minyak serap di tisu.
8) Masukkan kentang ke dalan bekas tertutup, Tabur garam sedikit with serbuk cheese.
9) Tutup Bekas and goncang bekas. Siap!

Cdt abs azhar