Translate

Isnin, 16 Ogos 2021

KEK LAPIS SERIKAYA KUKUS

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung kek @ tpg gandum pun boleh..
1/2 cawan gula kastor
1/2tin susu pekat
6 biji telur gred A
1 sdb ovalett
4 sdb milo + 1sdk serbuk nescafe / serbuk coklat pun boleh sy suka guna nescafe kek naik aroma
50g coffee mate
1 tin kaya ( tin kecil )
240 gm marjerin ( kmek guna marjerin pelangi Wangi )

Cara-cara

Pukul marjerin gula ovalett sampai kembang masukn telur sebiji2...pukul hingga kembang ...masukkan kaya sebati masuk kn..coffee mate..susu pekat ..sebatikan..
.. masukan tepung gandum sedikit2 pukul prlahan hingga sebati..

Bahagikn kepada 3 bahagian ( sy timbang adunan )
Masukkn milo dlm 1 adunan + nescafe... hijau sy guna Pandan emulco ..kuning .. msuk warna kesukaan anda sndiri...perasa n pewarna tepulang yer x semesti ikut sy punya ..

Panaskn kukusan sampai air melegak..api biasa jgn kuat sgt sdg2 nanti kek jd gelembung2 api telampau kuat...masukkn 1 adunan kedlm loyang yg dh disapu planta/ lapik kertas minyak...kukus satu2 lapisan dgn masa 5-8 minit api sederhana ..dn ulang yg sama sampai habis.bila lapisan terahkir biar selama 20 minit sampai masak... Sejuk baru dpotong

Selamat mencuba..

Kredit resepi by:Endun Bungai Kenunsung

.

RESEPI KEK LAPIS IDOLA

💛 SAIZ LOYANG: 8.5x8.5x4 
💛 SUHU OVEN: 150'C (ikut kepanasan oven masing-masing) 

🍬BAHAN-BAHAN🍬
🍫500gm mentega Anchor/Golden Churn 
🍫140gm gula castor 
🍫30gm ovallete
🍫10 biji telur gred AA
🍫380gm susu pekat manis F&N
🍫200gm horlick
🍫80gm serikaya
🍫50gram(1 bungkus)serbuk santan 
🍫340gm tepung pau/Hong Kong

🍫500gram Beryl's milk cooking chocolate(dicairkan)
👉 Jika tidak mahu terlalu manis boleh guna 200gm dark chocolate+300gm milk chocolate. 
🍫100gm milo
🍫1sb esen vanilla
🍫3sb browning sugar
🍫Pewarna kuning lemon

🍬CARA MENGADUN🍬
1. Mentega,gula, esen vanilla dan ovallete pukul sampai kembang dan gebu. 
2. Masukkan telur satu persatu. Sebatikan.
3. Masukkan susu pekat dan serikaya. Sebatikan.
4. Kemudian masukkan horlick, santan dan tepung pau/hong kong sedikit demi sedikit. Sebatikan.

🍬CARA BAHAGI ADUNAN🍬
👉 Ambil 1080gm adunan.
Masukkan pewarna kuning lemon. 

👉Adunan yg selebihnya.. Masukkan milo, cooking chocolate dan browning sugar. Sebatikan.

🍬CARA MELAPIS🍬
16 lapisan keseluruhan

ADUNAN KUNING: 3 LAPISAN (180gm setiap lapisan) 
1. Masukkan 180gm adunan kuning ke dalam loyang. Bakar guna api atas dan bawah selama 5minit. Kemudian tukar api atas shj dan bakar lagi selama 5minit atau sampai masak dan perang. 
2. Masuk lagi 180gm adunan kuning. Bakar sampai masak.
3. Masuk lagi lebihan adunan kuning. Bakar.

ADUNAN COKLAT: 10 LAPISAN (180gm setiap lapisan) 
4. Masukkan 180gm adunan coklat ke dalam loyang. Bakar sampai betul2 masak.
👉ulang step yg sama sampai adunan coklat habis.

ADUNAN KUNING: 3 LAPISAN (180gm setiap lapisan) 
6. Masukkan 180gm adunan kuning. Bakar sampai masak dan perang. 
👉ulang step yang sama sampai adunan kuning habis.

Sila rujuk gambar yang telah disediakan. 

😍SELAMAT MENCUBA😍
Kredit: kizzan bin razali

Khamis, 12 Ogos 2021

RESEPI KEK LAPIS CAPPUCINO

___________________________________

Bahan A (dipukul sehingga kembang dan putih)
12 biji telur gred A
50 gm gula halus
50 gm ovallate

Bahan B ( Dipukul sehingga putih)
450 gm butter
1 tin susu pekat manis
1 tin seri kaya kecil

Bahan C
200gm tepung hongkong (tpg gandum pun boleh)
200gm horlicks

15 gm indocafe
100 gm milo
100gm coffemate

Cara membuatnya:
- bahan A + bahan B digaul sehingga rata. Masukkan bahan C. Bahagikan kepada 2 adunan.
Adunan 1 masukkan indocafe dan milo
Adunan 2 masukkan coffemate.
- Bakarlah menggunakan api atas lapis berselang-seli.

Resepi asal: ida melati