Translate

Rabu, 11 Ogos 2021

Resepi Kuih Talam kaswi keladi

Bahan-bahannya:

2cwn tepung gandum
1cwn tepung ubi
1cwn gula castor.. Kku nk mnis sikit tmbh lagi stengh cwn
Santan pekat 200ml..campur air jadi 5cwn
Esen keladi
Pewarna keladi
1sdk air kapur
Campur semua bhn..
Kacau hingga x berketul
Kalau nk kaler cam saya. Msuk sikit Red velvet emulco sikit je tau
Tapis..
Pnskn kukusan
Sapu minyk pada loyg
Lapik plaatik
Kukus 45minit

15minit nk msk. Bukak je tudung kukusan.. Biar air kering atas permukaan kuih..

Kelapa parut putih. Gaul sikit grm kukus sekejsp

Sejuk kn dahulu kaswi bru potong 
#RESEPIHARIINI
#KASWIKELADI

Credit : Iedaa Jahaya

Resepi Kuih Wajik/Pulut Kacau

BAHAN - BAHAN
☑1kg beras pulut
☑1kg gula merah
☑2 cawan gula putih
☑Santan secukup lemak
(selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2kg lebih sikit)
☑Daun pandan

Cara-cara
๐Ÿ‘‰๐ŸปBeras pulut direndam 4-5jam
Dan kukus spt biasa kemudian sejukkan

๐Ÿ‘‰๐ŸปMasak gula merah dan tapis dahulu
๐Ÿ‘‰๐Ÿปkemudian masukkan gula putih
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Masukkan santan & daun pandan

➡Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Kemudian kacau lagi sehingga agak2 pekat likat
(mcm meletop2 gitu )

➡Jgn terlalu pekat atau terlalu lembik

➡Tutup api dan masukkan dalam bekas

Siap!
.
Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga dipermudahkan segala urusan 
Resepi Masakan

NASI LEMAK UTARA SPECIAL

Bahan-bahannya:(nasi)
5 cawan beras Basmathi.. (basuh, rendam selama 10 minit dengan 1 sudu besar serbuk kunyit...kemudian toskan)
6 cawan air
1 cawan santan perahan pertama
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan(carik dan simpul)

Bahan tumis:
1 senduk minyak masak
1 biji bawang besar(hiris nipis)
4 ulas bawang putih(hiris nipis)
Sebesar ibu jari halia(hiris nipis)
2 sudu teh jintan manis(basuh dan tumbuk guna lesung batu)
1 batang kulit kayu manis
4-5 pcs bunga lawang
1 sudu teh lada hitam biji

Cara2nya:
Panaskan minyak.. Masukkan semua bahan tumis.. Tumis hingga bahan hiris layu dan wangi.
Tutupkan api..
Masukkan beras yang dah ditoskan ke dalam periuk elektrik.. Masukkan air, santan, daun pandan, garam dan curahkan bahan tumis tadi(sekali dengan minyak yang kita menumis tu yer)
Tekan cook..biarkan masak elok.. Bila button dah naik ke atas.. Tekan sekali lagi.. Dah naik sekali lagi..barulah boleh kacau nasi perlahan2..
SIAP..
 
Tips= Untuk beras dan air/santan sukat cawan yang sama..
 
SAMBAL KOSONG

Bahan kisar
 
35 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis(yang ni sy agak2 jer)
1/2 sudu teh belacan(sikit jer tau)
1 1/2 cawan minyak masak
(kisar semua bahan ini)
 
Bahan lain
 
1 biji bawang besar(hiris)
3 sudu makan gula pasir
1 sudu makan gula merah
3 sudu makan air asam jawa(sederhana cair)
Sedikit garam
Sedikit bahan perasa
 
Cara2nya:
 
Masukkan bahan kisar dalam kuali masak guna api sederhana..(jangan letak minyak dah yer sbb kita dah kisar dengan minyak..salah satu teknik bila masak sambal x mercik/percik merata)
Bila cili dah mula masak elok..masukkan bawang hiris,gula pasir,gula merah,air asam jawa dan bahan perasa..
Masak hingga pekat..dah pekat masukkan garam..sesuaikan rasa..
 
RESEPI SAMBAL SOTONG  
 
1 kg sotong(bersihkan dan digoreng sekejap dengan sedikit minyak untuk matikan air sotong.. Toskan)
2 1/2 sudu besar membukit gula pasir
2 sudu teh garam
1 pcs asam keping(nak buh air asam jawa bleh ja)
1 biji bawang besar(potong bulat)
Air jika perlu
 
Bahan kisar
 
25-30 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
4 senduk minyak masak
Sedikit halia
(kisar semua bahan ini)

Caranya..
 
Masukkan bahan kisar dalam kuali..masukkan asam keping, garam dan gula serta bahan perasa... Kacau hingga sambal betul2 masak dan naik minyak..masukkan sotong dan bawang yg di potong bulat.. Kacau sekejap dan sesuaikan rasa.. Siap..(jika nak berkuah tambah sikit air)boleh buang lebihan minyak dalam sambal..

Sumber : Mariana Zainal
#bestmalaysiafoodviral