Translate

Selasa, 31 Januari 2023

SAMBAL BILIS TEMPOYAK

Bahan-bahan:
* Ikan bilis - goreng garing kemudian ketepikan
* Cili api - ditumbuk
* Bawang kecil - ditumbuk
* Bawang putih - ditumbuk
* Petai - dihiris
* Bawang besar - dihiris
* 2-3 sudu besar tempoyak
* Asam keping
* Sos tiram

Untuk buat sambal tempoyak, cili api dan garam ditumbuk kemudian gaulkan. 

Cara-cara:
1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk
2. Masukkan sos tiram, asam keping. Kacau rata.
3. Masukkan petai, bawang besar dan goreng dlm beberapa minit 
4. Kemudian masukkan tempoyak, kacau dan sebatikan, pastikan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan ikan bilis.

Kredit: SuiSan Aliezsha



Isnin, 28 Mac 2022

KEK LAPIS DARA

Bahan-bahan:

10 biji telur
450gm mentega
1tin kecil nestle cream
1 tin susu manis
2 gelas tepung gandum
200gm horlick
2 bungkus tepung aiskrim vanila...200gm
1 botol kecil golden syrup
1/2 gelas gula halus
125gm milo

Cara-cara:

Mentega dipukul hingga kembang dan putih....
Telur + gula dipukul hingga kembang
Campur kedua2 adunan dan pukul hingga rata..
Masukkan susu , nestle , horlick , tpg aiskrim dan tepung.
Gaul sebati bagi 4....
1 - Milo
2 - Hijau
3 - pink + kàya
4- plain

Atau adunan dibagi 4....
Kukus berlapis2

Acuan 8x8.....guna api perlahan
****Bakar...asing kuning dan putih telur ..pukul berasingan..tambah 1 sudu ovalatte...baru disatukan...

Sumber resepi : Mamamia Hariss

Isnin, 16 Ogos 2021

Resepi Daging Masak Merah

Daging Masak Merah.. Menu paling senang nak masak.. Dan sedap..

Resepi & Bahan²..

Rebus daging dgn pewarna merah (daging tak perlu di hiris) air rebusan daging tak perlu di buang.. Utk di jadikan kuah nanti.. 

Setelah daging masak & empuk.. Hiris nipis²

Bawang putih di tumbuk kasar
Cili boh/pes cili kering
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Sedikit kicap sotong
Gula, garam & pak aji (optional) 
Bawang holand, cili merah, bunga kobis (utk hiasan) 

Tumis bawang putih, cili boh, masukkan daging.. 
Goreng seketika.. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato.. & air rebusan daging tadi.. Kuah terpulang nk byk atau sikit.. 
Perasakan dgn gula, garam & pak aji.. Dah siap, bolehlah masukkan bahan hiasan tadi, bawang holand, bunga kobis & cili.. 

Siap utk di hidangkan..

Credit : Cik Ma