Translate

Rabu, 16 September 2020

PAJERI TERUNG

 Bahan-Bahan :

3 biji terung panjang
5 ulas bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1/2 inci halia – dikisar
7 cili kering – dikisar
rempah ratus – bunga lawang,bunga cengkih,jintan putih,kulit kayu manis
3 ulas bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 sudu besar udang kering – ditumbuk
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
Asam jawa
Garam, Gula serta Gula Melaka

Cara Membuat:

1. Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah di tengah2nya tapi jangan sampai putus.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap hingga warna keperangan. Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan minyak dan masukkan rempah ratus, bawang merah dan bawang putih yang dihiris dan tumiskan sehingga kekuningan.

4. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.

5. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.

6. Kemudian masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.

7. Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng. Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak.

8. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

TERUNG BAKAR SAMBAL ASAM

 Bahan :

-Untuk terung
3 biji Terung
1 sudu serbuk lada hitam
sedikit garam
1 sudu minyak zaitun

Bahan Sambal Asam
1 biji tomato potong dadu
5 biji cili api hijau atau merah sukahati
1 sudu cili boh
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu air asam jawa
1 biji bawang besar potong bulat2
sedikit sos cili
sedikit garam
2 sudu gula

Cara :
-Terung di bersihkan,belah dua dan perapkan dengan serbuk lada hitam,garam dan minyak zaitun.Biarkan dalam 10 minit.
-Blend cili api,cili boh,bawang putih,bawang merah dan tomato.
-panaskan minyak dan tumis bahan blend,masukkan sos cili ,bawang besar dan garam serta gula,akhir sekali masukkan air asam jawa.
-kalau nak pekat biarkan lama sikit.ok dah siap sambal asam.
-terung grilkan je atas nonstick pan ,senang hehehe macam gambar kat bawah,grill la stakat mana kita mahu,tapi jangan la jadi hitam cam arang lak .

Terung Goreng Berlada

Bahan2

1 biji terung panjang ( size agak besar)
6 biji cili merah (dibuang bijinya)
6 biji cili padi
1 labu bwg besar
2 ulas bawang putih
belacan sebesar ibu jari
air asan jawa gula dan garam secukup rasa
Minyak masak

Cara2nya

Terung di potong setebal 1 inci dan digoreng sehingga sedikit kekuningan.Ketepikan sebentar.
Cili merah , cili padi , bawang besar , bawang putih , belacan dikisar kasar (jgn halus sangat )
Tumiskan bahan kisaran tu sampai wangi .
Masukkkan air asam jawa secukupnya.
Perisakan dgn garam dam gula. kacau hingga masak dan sedikit kering.
Siap dan tuangkan ke atas terung digoreng tadi.


sumber :  Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com