Translate

Rabu, 16 September 2020

RESEPI MUDAH CHAR KUEY TEOW

 Makan panas-panas sedap wuuu. Kuah pula banjir semangkuk 👍🏻

1. Kuey teow (cuci toskan)
2. Cili kering & bwg besar (dblend)
(Bhn² tumis,cili sos,kicap manis,kicap pekat,sos tiram)
3. Bwg putih ketok²..
4. Taugeh & kucai
5. Telor..
6. Udg direbus (asingkn air)
7. Kerang (direbus)

TERUNG MASAK MINANG

4 biji terung
5 batang lada merah
5 batang lada hijau
(klo nak pedas tambah cili padi)
3 helai daun limau perut
2 biji bawang besar
serbuk kunyit,perasa.

cara;
Terung di potong 2,goreng hingga nampak garing sedikit kemudian toskan minyak. Cili merah,cili hijau dan bawang besar tadi di kisar jgn sampai halus, biar kasar2 sedikit. Tumis bahan yg telah di kisar td masukkan perasa dan kunyit serbuk ,ratakan sampai naik minyak.Terung yg telah di toskan td di atur dlm piring dan bahan2 yg telah cukup masak td tuangkan atas terung td.

TERUNG MASAK KICAP BERCILI

 Jumlah Hidangan : 2 orang

Bahan-Bahan:

2 biji terung panjang, saiz sederhana
5-10 biji cili padi, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang besar. hiris nipis
Kicap manis
Garam
Minyak, untuk menggoreng dan menumis
Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk memasak:
Potong dadu terung tapi jangan terlalu kecil. Gaulkan dengan sedikit garam dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam anggaran 2 cawan dan goreng terung separuh masak. Jangan sampai lembik. Goreng berperingkat sehingga selesai.
Kurangkan minyak dalam anggaran 1 senduk. Tumis bawang besar dan cili padi sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih dan diikuti terung yang digoreng tadi. Masukkan pula kicap pekat. Jika anda suka berkuah, lebihkan kicap.
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Tips:
Bawang putih dimasukkan agak lambat sedikit kerana jika digoreng agak lama ia mudah hangus dan memberikan rasa pahit yang tidak enak.