Translate

Rabu, 16 September 2020

TERUNG MASAK KICAP BERCILI

 Jumlah Hidangan : 2 orang

Bahan-Bahan:

2 biji terung panjang, saiz sederhana
5-10 biji cili padi, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang besar. hiris nipis
Kicap manis
Garam
Minyak, untuk menggoreng dan menumis
Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk memasak:
Potong dadu terung tapi jangan terlalu kecil. Gaulkan dengan sedikit garam dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam anggaran 2 cawan dan goreng terung separuh masak. Jangan sampai lembik. Goreng berperingkat sehingga selesai.
Kurangkan minyak dalam anggaran 1 senduk. Tumis bawang besar dan cili padi sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih dan diikuti terung yang digoreng tadi. Masukkan pula kicap pekat. Jika anda suka berkuah, lebihkan kicap.
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Tips:
Bawang putih dimasukkan agak lambat sedikit kerana jika digoreng agak lama ia mudah hangus dan memberikan rasa pahit yang tidak enak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan