Translate

Selasa, 3 Ogos 2021

Kek Coklat Karamel

Bahan-bahan:

 Bahan puding:
 
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
3 Sudu besar susu pekat
3 biji telur
Sedikit esen vanila
2 keping roti (buang kulit dan dicarik)
4 sudu besar gula
 
Bahan kek:
 
5biji telur
1cawan gula
1cawan susu pekat
1/4 cwn susu cair
1/2cwn air panas
1cawan minyak
Secubit garam
1¾ cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
 
Cara-cara:  
 
Cairkan 4 sudu besar gula di dalam loyang.
Kisar halus bahan puding.
Tapis dan masukkan ke dalam loyang karamel.
Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 20-25 minit.
Ketepikan.
Untuk kek pula, pukul telur sehingga kembang. Masukkan gula dan teruskan pukul.
Sambil pukul juga, masukkan susu pekat dan susu cair.
Pukul hingga adunan menjadi pekat.
Masukkan tepung gandum bersama serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
Masuk sedikit demi sedikit dengan kelajuan mixer yang perlahan.
Masukkan minyak dan air panas. Kacau sebati.
Masukkan adunan kek ke dalam puding karamel yang sudah dikukus tadi.
Kukus lagi selama 1 jam
 
 Kredit Resepi: mazni abdul rahman
 

 

Isnin, 2 Ogos 2021

Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Resepi Kuah Sambal Tumis:

10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
 
Cara cara:
 
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
 
Nota:Kuah biar pekat dan masin sedikit.
 
Resepi Sambal Ikan:

1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
 
Cara cara:
 
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah.
Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sambal Cili:
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Bunga kantan
Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
 
Resepi Nasi:
 
5 1/2 pot beras. Air secukupnya.
Pewarna biru(atau guna 15 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
Serai diketuk
Daun limau purut
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
 
Resepi ayam madu bakar :

Ayam (rebus spruh masak) sbb tkut lmbt msk hehe
Gula
Tos tiram
Madu
Sos cili
Cili kering
Bawang(blend)
 
Kuantiti, saya agak-agak je.
 
Boleh juga dimakan bersama keropok goreng,telur masin dan bawang putih jeruk.

Kredit: Nurul Farhanim

Ahad, 1 Ogos 2021

Blueberry Cheesecake Oreo (Tanpa Bakar)

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk blueberry puree:
 
1)200g blueberry segar
2)70g/5 sudu besar gula kastor
3)3/4 sudu besar jus lemon
 
Bahan-bahan untuk lapisan bawah:
 
1)11 keping biskut oreo (tanpa inti gula)
2)35g mentega
 
Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
 
1)250g krim keju
2)50g/3 1/2 sudu besar gula kastor
3)inti gula dari biskut oreo biscuits
4)2 sudu besar yoghurt perisa asli
5)gelatin 1 (2 sudu kecil gelatin + 2-3 sudu besar air panas)
6)150ml krim putar tenusu
7)1/3 cawan puree blueberry puree
 
Bahan-bahan untuk lapisan ungu:
 
1)1/2 cawan puree blueberry
2)60ml krim putar tenusu
3)gelatin 2 (1 sudu kecil gelatin + 1-2 sudu besar air panas )
 
Cara Penyediaan:
 
Cara-cara untuk lapisan bawah:
 
*Asingkan inti gula dan biskut.
*Hancurkan biskut oreo sehingga halus (inti gula boleh simpan dulu).
*Cairkan butter.
*Tuang butter dalam serbuk oreo dan gaul sekata.
*Tuang serbuk oreo dalam loyang (removable bottom) dan ratakan supaya padat.
*Masukkan dalam peti sejuk.
 
Cara-cara untuk blueberry puree:
 
*Perah jus lemon.
*Masukkan blueberry fresh, gula kastor dan lemon kedalam kuali dan masak sehingga kesemua bahan hancur dan pekat sikit.
*Kemudian kisar halus.
*Bancuh gelatin dengan air panas
 
Cara-cara untuk lapisan cheese:
 
*Kacau sekata creamcheese, gula kastor, inti oreo, plain yogurt, jus lemon dan gelatin.
*Pukul whipping cream.
*Campur whipping cream dengan adunan cheese dan kacau sekata.
*Keluarkan loyang dan tuangkan separuh adunan.
*Letakan blueberry puree atas adunan cheese dan buat corak swirl.
*Tuang baki adunan.
*Ulang langkah yang sama dengan blueberry puree, corakkan dengan bentuk swirl kemudian boleh sejukkan 10 hingga 15 minit.
 
Cara-cara untuk lapisan atas blueberry:
 
*Kacau sekata blueberry puree, whipping cream (x perlu putar) dan gelatine.
*Tuang adunan keatas permukaan kek tadi.
*Tutup dengan plastic clean wrap.
*Sejukkan 4/5 jam sebelum dipotong.
 
Tips:
Dairy whipping cream kena guna yang baru keluar dari peti sejuk, kalau tidak whipping cream akan jadi cair dan tak kental bila dipukul
 
Kredit: che nom