Translate

Ahad, 1 Ogos 2021

Blueberry Cheesecake Oreo (Tanpa Bakar)

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk blueberry puree:
 
1)200g blueberry segar
2)70g/5 sudu besar gula kastor
3)3/4 sudu besar jus lemon
 
Bahan-bahan untuk lapisan bawah:
 
1)11 keping biskut oreo (tanpa inti gula)
2)35g mentega
 
Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
 
1)250g krim keju
2)50g/3 1/2 sudu besar gula kastor
3)inti gula dari biskut oreo biscuits
4)2 sudu besar yoghurt perisa asli
5)gelatin 1 (2 sudu kecil gelatin + 2-3 sudu besar air panas)
6)150ml krim putar tenusu
7)1/3 cawan puree blueberry puree
 
Bahan-bahan untuk lapisan ungu:
 
1)1/2 cawan puree blueberry
2)60ml krim putar tenusu
3)gelatin 2 (1 sudu kecil gelatin + 1-2 sudu besar air panas )
 
Cara Penyediaan:
 
Cara-cara untuk lapisan bawah:
 
*Asingkan inti gula dan biskut.
*Hancurkan biskut oreo sehingga halus (inti gula boleh simpan dulu).
*Cairkan butter.
*Tuang butter dalam serbuk oreo dan gaul sekata.
*Tuang serbuk oreo dalam loyang (removable bottom) dan ratakan supaya padat.
*Masukkan dalam peti sejuk.
 
Cara-cara untuk blueberry puree:
 
*Perah jus lemon.
*Masukkan blueberry fresh, gula kastor dan lemon kedalam kuali dan masak sehingga kesemua bahan hancur dan pekat sikit.
*Kemudian kisar halus.
*Bancuh gelatin dengan air panas
 
Cara-cara untuk lapisan cheese:
 
*Kacau sekata creamcheese, gula kastor, inti oreo, plain yogurt, jus lemon dan gelatin.
*Pukul whipping cream.
*Campur whipping cream dengan adunan cheese dan kacau sekata.
*Keluarkan loyang dan tuangkan separuh adunan.
*Letakan blueberry puree atas adunan cheese dan buat corak swirl.
*Tuang baki adunan.
*Ulang langkah yang sama dengan blueberry puree, corakkan dengan bentuk swirl kemudian boleh sejukkan 10 hingga 15 minit.
 
Cara-cara untuk lapisan atas blueberry:
 
*Kacau sekata blueberry puree, whipping cream (x perlu putar) dan gelatine.
*Tuang adunan keatas permukaan kek tadi.
*Tutup dengan plastic clean wrap.
*Sejukkan 4/5 jam sebelum dipotong.
 
Tips:
Dairy whipping cream kena guna yang baru keluar dari peti sejuk, kalau tidak whipping cream akan jadi cair dan tak kental bila dipukul
 
Kredit: che nom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan