Translate

Rabu, 4 Ogos 2021

Resepi Sotong Bakar Thai

Bahan-Bahan:

Sotong saiz besar
Isi Udang segengam
Telur 1 biji

Bahan Sos:

5 ulas Cili kecil
4 sudu Gula
secubit Garam
3 sudu Cuka makan
3 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
2 sudu kecil tepung jagung
sedikit air
Hirisan daun ketumbar

Bahan kisar utk inti:

1 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 hirisan Halia

Cara-cara membuat inti:
Hancurkan isi udang & Gaul dgn telur & bahan Kisar

Cara-cara menyumbat inti:
Sumbat inti tadi dlm sotong.Ambil lidi atau apa shj yg blh cucuk utk tutup sotong & kepala bersatu.

Cara-cara memasak sotong:
Bakar sotong sumbat tadi,(sy guna pemanggang ajaib shj) kemudian bila sudah masak potong sedikit tp buat jgn bagi terpisah.

Cara-cara membuat sos:
Tumis semua Bahan. Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.

Cara-cara hidangan:
Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis& Siap utk dimakan. 😋
 

*** Bahan2 mengikut kuantiti sotong & saiz.

Selamat Mencuba!

Kredit Resepi: Fadhilah Esa@fb.com

RESEPI SOTONG SUMBAT

Bahan-bahan:
 
1. Telur ayam - 3 @ 4 biji
2. Carrot - dicincang halus
3. Daun bawang + daun sup - cincang halus
4. Bawang besar - potong dadu
5. Udang - cincang (jika suka)

Cara-cara membuatnya:
 
1. Satukan kesemua bahan & perasakan.
2. Panaskan kuali & goreng bahan campur & jadikan telur hancur.
3. Sejukkan & sumbatkan ke dalam sotong yg telah dibersihkan.
4. Cucuk dgn lidi pencungkil gigi utk kemaskan bahagian kepala.
5. Lumurkan sotong dgn sedikit pewarna kuning telur & serbuk kunyit.
6. Bakar ats kuali dgn api yg slow.
7. Sotong yg telah siap dibakar bolehlah dihiris & curahkan sos di atasnya.

Bahan untuk sos:

Bahan tumbuk:
1. Cili padi - 5 biji
2. Bawang putih - 4 ulas
3. Gula & garam

Bahan lain:
1. Sos cili - 3 sudu besar
2. Sos pencicah - 4 sudu besar
3. Air limau nipis - 2 biji
4. Hirisan daun ketumbar
5. Sos ikan
6. Sedikit air

Cara-cara membuatnya:
1. Gaulkan semua bahan bersama bahan tumbuk.
2. sesuaikan rasa & jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air.
 


Kredit: Adila Razak@fb.com

RESEPI KERABU TAUGE BERSAMA KERANG

Bahan-bahan:

2 cawan tauge
5 batang kacang botol
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh ditambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh ditambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
garam dan gula secukup rasa

*boleh ditambah cili api jika sukakan pedas


Cara:

1. Bersihkan kacang botol dan potong nipis. Kemudian bersihkan tauge dan celur dalam air panas selama 5 saat saja, kalau nak rangup tak payah celur pun tak apa.
2. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya.
4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah mengikut citarasa.

Resepi kredit : proviral masakan