Translate

Ahad, 8 Ogos 2021

Resepi Puding Ais Krim Soda

Bahan-Bahan :

Bahan A –

Separuh agar-agar bertali (agar-agar bertali yang 20gm gunting tengah-tengah, bahagi 2, kalau boleh agar-agar tu rendam dulu 1 jam)
1/2 cawan gula (Nak manis, tambah gula lagi)
1 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan aiskrim soda F&N
Sedikit pewarna biru
Secubit garam

Cara Buat:

1. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula, biar gula larut.

2. Masukkan aiskrim soda, kacau-kacau. Kemudian, masukkan susu cair dan bubuh pewarna biru.

3. Kacau-kacau hingga sebati, masukkan secubit garam. Kacau hingga mendidih baru tutup api.

4. Basahkan loyang dulu. Tuang agar-agar tu dalam loyang dan biarkan sederhana beku.

Bahan B –

Separuh lagi agar-agar bertali (yang di gunting tadi)
3 cawan air
1/2 cawan gula (Nak manis, tambah gula lagi)
1 cawan aiskrim soda F&N
Pewarna ikut suka

Cara Buat:

1. Masak agar-agar bertali dengan air hingga larut, masukkan gula. Masukkan aiskrim soda dan kacau rata hingga mendidih.
2. Kalau nak buat layer, bahagi adunan kepada 3 bekas sama banyak. Warnakan ikut suka, kalau tak nak buat, satu warna ikut suka pun boleh.

3. Kalau nak buat layer, tuang layer warna pertama perlahan-lahan atas agar-agar aiskrim soda. Biarkan sedikit beku, kemudian layer kedua dan ketiga. Bekukan.

4. Masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Boleh keluarkan, telangkupkan puding atas pinggan yang rata. Sedia untuk dipotong dan boleh makan.

Kredit Resepi: umie saffiya

PUDING SELASIH/BASIL PUDDING

BAHAN-BAHAN

LAPISAN BAWAH:

1/2 peket serbuk agar2 10g - 11g
1 tin susu cair
1 cawan air
1/2 cawan gula.. Nak manis tambah gula lagi
Secubit garam halus

CARA2:

1) Masak air, serbuk agar2 dan gula hingga larut gula

2) Tuang susu cair dan kemudian masuk secubit halus.. Kacau sebati

3) Masak hingga mendidih.. Tutup api.. Tapis dan tuang dalam loyang @ acuan yang di basahkan dengan air

4) Biarkan ia mengeras

LAPISAN ATAS:

1/2 peket serbuk agar2 10g - 11g yang berbaki tadi
3 cawan air
3/4 cawan gula.. Boleh kurangkan sedikit gula
3 sudu besar biji selasih 
2 sudu besar pati sirap ros.. Nak warna pekat lagi boleh tambah
4 helai daun pandan.. Simpulkan
Secubit garam halus

CARA2:

1) Sebelum tu rendam biji selasih selama 2 jam lebih (bagi kembang) 

2) Didihkan air, serbuk agar2 dan gula hingga larut.. Tuang pati sirap ros.. Kacau2 rata Masukkan daun pandan dan secubit garam

3) Biarkan mendidih sekejap.. Tutup api.. Tapis dan tuang dalam bekas biji selasih.. Kacau sebati

4) Sebelum tuang.. Cakar2 kan dulu permukaan agar2 tadi

5) Baru tuang agar2 selasih di atasnya.. Biarkan mengeras.. Sejukkan dalam peti sejuk 2 jam lebih

6) Sedia untuk di potong dan di hidangkan.. 😃

Kredit Resepi : Zura Zul
 

Rabu, 4 Ogos 2021

RESEPI SOTONG SUMBAT BERSOS

Bahan-Bahan:

400g sotong – bersihkan
Inti secukupnya
1 biji bawang besar – potong bulat

Bahan Inti –

2 biji telur – dipukul sedikit
½ biji bawang besar – cincang
1 batang cili merah – cincang
1 sudu besar lobak merah – cincang
2 helai daun bawang – cincang
garam dan lada putih secukup rasa

Bahan Kisar –

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci kunyit
1 hiris lenkuas
1 batang serai – diracik

Bahan Sos –

3 sudu besar cili kisar
2 sk ketumbar – siap kisar
½ sk jintan manis – siap kisar
½ sk jintan putih – siap kisar
2 sudu besar kicap soya
1 keping asam gelugur
garam + gula secukup rasa
minyak utk menumis

Cara Memasak:

1. Campurkan telur bersama bawang, cili cincang, lada putih dan garam secukup rasa. Goreng hancur (scramble) telur tadi.

2. Tutup api dan gaulkan lobak merah dan daun bawang. Sejukkan sebelum disumbat ke dalam perut sotong.

3. Sumbatkan inti ¾ penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong, cucuk dgn pencungkil gigi supaya tidak bergerak.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dan siap kisar hingga naik bau dan sedikit garing.

5. Masukkan kicap, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biar kuah sedikit kering. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan hingga sotong masak.

6. Taburkan bawang yang dipotong bulat sebelum dimatikan api. Hiaskan sebelum dihidang.

Kredit to : ResepiSedap@fb.com