Translate

Ahad, 20 September 2020

RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS CHEESE 🍰

 BAHAN-BAHAN:

450gm Mentega
250gm Cream Cheese
10 biji Telur Gred A
150gm Gula Halus
250gm Tepung Halus
100gm Horlick
1 tin kecil Seri Kaya/ Jem Buah
1 tin Susu Pekat Manis
1susu besar Ovalette
2 bungkus Roti Masam Manis/ Haw Flakes
Pewarna Hijau & Kuning

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1) Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2) Pukul mentega, cream cheese, kaya, susu pekat manis & ovalette hingga kembang.
3) Campur adunan (1) & (2) sehingga sebati.
4) Kemudian masukkan tepung gandum & horlick ke dalam adunan tadi.
5) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian iaitu:
(a) Hijau
(b) Kuning
6) Bakar adunan lapis demi lapis selang seli pada suhu 180c selama 10 minit setiap lapis. 

RESEPI KEK LAPIS 3 RASA / 4 RASA

KREDIT RESEPI : Juliza Ahmat

Bahan-bahan:
(Guna Steamer Trio)

10 biji telur
450gm mentega
200gm milo
1 tin susu manis
1 tin kecil kaya
1 gelas gula
200gm horlick
1 gelas tepung gandum @ 11/2 gelas nestum ori

Kuning telur + mentega + gula + susu dipukul hingga gebu.
Pukul putih telur hingga berbuih dan pekat..Satukan kedua2 adunan..Masukkan tepung atau nestum..Pukul rata..
Adunan dibagi 3
1...Horlick + hijau
2...Kaya + kuning ..lebihkan adunan
3...Milo + gula hitam
Kukus berlapis2

Sejukkan sebelum dipotong.


 
 
 
 
Kek Lapis 4 Rasa
 
kredit resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
 
bahan-bahan : loyang 8" x 8"
 
10 biji telur gred A
500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya)
300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
150 g gula kastor
100 g serbuk horlicks
150 g serikaya
300 g susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar
1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu
 
Cara-cara :
 
Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe / pes mocha dan satu lagi pes strawberi.
Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing).
Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buat sampai habis.
Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
 
NOTA : Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat).
Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri.
Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.
Untuk menjadikan kek sentiasa lembab dan basah, jangan bakar terlalu lama dan sapukan sedikit mentega pada setiap lapisan.
 

 

RESEPI KEK LAPIS NEOPOLITAN

BAHAN-BAHAN A
250 gram mentega (cm guna scs)
150 gram gula kastor
14 kuning telur (gred A)
5 camca besar susu pekat manis

BAHAN-BAHAN B
150 gram gula kastor (cm guna 130 gram)
7 putih telur
1/4 camca teh cream

BAHAN-BAHAN C 
160 gram tepung Hong Kong*
40 gram Horlick*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan gaul rata)
1 camca teh esen vanila
1 1/2 camca teh stoberi paste + 1/4 camca teh pewarna makanan pink
1 1/2 camca teh coklat emulco + 1/2 camca teh perisa mocha

CARA MEMBUATNYA 
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin 8inci x 8inci x 3inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak.
Ketepikan.

Putar mentega dan susu hingga sebati, masukkan gula kastor dan putar hingga putih. Tambah kuning telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu.

Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah disatukan sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Ketepikan.Dalam mangkuk pengadun yang bersih dan kering, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula kastor dan terus memutar hingga kembang dan kental.

Gaul putih telur ke dalam adunan mentega, gunakan kaedah kaup balik dan kacau hingga sebati.Bagi adunan kepada 3 bahagian, satu dimasukkan esen vanilla dan kacau rata, satu ditambah stoberi paste dan pewarna merah jambu, kacau rata dan satu lagi dengan coklat emulco dan perisa mocha. Kacau rata. Ketepikan.Masukkan tin ke dalam oven dan panaskan 1-2 minit. Keluarkan tin dan sudukan adunan coklat sebanyak 4 camca besar, ratakan dan bakar 5 - 7 minit (tukar pada api grill) hingga perang, keluarkan dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis, sapu dengan mentega cair dan lapis lagi dengan adunan coklat hingga siap.

Kemudian lapis pulak dengan adunan stoberi hingga siap dan akhir sekali adunan vanilla hingga siap. Untuk lapisan akhir bakar hingga perang sedikit, tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan bakar 10 minit dengan fungsi api atas dan bawah. Sejukkan kek sekejap, keluarkan dan sejukkan sepenuhnya atas redai sebelum dipotong...



(LIKE PAGE UNTUK LEBIH RESEPI MENARIK)

Kredit: Blog Mat gebu