Translate

Isnin, 9 Ogos 2021

Resepi Kuih Talam Pandan.. Versi acuan

 (Terima kasih pd yg sudi berkongsi resepi - cuma panjangkan aje - semoga Pahala mengalir seperti air Sungai Nil kpd Pemilik Resepi Amin. Mohon dihalal kan Resepi yg kami kongsi)

TALAM PANDAN

Bahan:
LAPISAN BAWAH
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
8 - 10 helai daun pandan
3 cawan air
1 kotak kecil santan kara (nak guna santan kelapa pun boleh)
Secubit garam

Cara2 :
Blend daun pandan dgn air.. Tapiskan

Tuang dlm tepung2, santan & garam..kacau rata semuanya..tapis ke dlm bekas lain

Tuang sesudu besar atau lebih sedikit (sudu sukatan metrik) adunan pandan kat dlm acuan lompang saiz besar (acuan tu sapu sedikit minyak) dan kukus selama 10 minit.. Api jangan terlalu besar..sederhana

LAPISAN ATAS
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 kotak kecik santan kara (brand lain pun boleh)
3 cawan air
Sedikit garam

Cara2 :
Masukkan semua bahan..kacau & tapis

Bila adunan lapisan bawah dah masak..tuang 1 sudu besar atau lebih sedikit adunan ke dlm acuan tadi

Kukus selama 15 - 20 minit

Siap.. Tunggu sejuk baru keluar kuih ni dari acuan
.
P/s: ikut suka nak tuang samada yg putih atau yg hijau dulu..
*Nak kukus dlm loyang yg 10x10..alas loyang dgn plastik..kukus lapisan pertama 20 minit..lapisan kedua juga 20 minit

 

Kredit Resepi : zura zul

 

 Mungkin imej pencuci mulut dan teks

Resepi Tepung Talam

Bahan-bahannya:

lapisan atas:
3 cwn santan
2 cwn tepung beras
sedikit garam

lapisan bwh:
½ cwn gula merah
½ cwn gula putih
3 cwn air
1½ cwn tepung gandum*
1 sudu besar tepung ubi*
1 sudu besar air kapur*

caranya:
 
lapisan bwh:
1. campurkn gula merah, air dan gula putih... kemudian masak sebentar utk larutkn gula dan tapis... sejukkn...
2. satukn bhn² yg bertanda * dan tuang air gula tdi.. kacau sebati dan tapis...
3. tuangkn ke dlm acuan lompang yg telah dioles dgn minyak dan kukus selama 15 minit..biarkn sejuk sedikit baru tuang lapisan atasnya.

lapisan atas:
1. satukn semua bhn dan kacau sebati.. tapiskn.. 
2. tuangkn keatas lapisan bwh tdi dan kukus selama 15 minit.. siap....😘😘

Kredit : cahaya setia via mahn
#bestmalaysiafoodviral
 
 

Ahad, 8 Ogos 2021

Korean egg toast/gilgeori toast (길거리 토스트)


Bahan:-bahannya:  
 
2 keping roti
2 keping chicken slice
1 keping cheese
Mayonnaise
Sos tomato/cili
Gula
Campur sekali:
Kobis dihiris
Carrot dihiris
2 biji telur
Lada hitam
Garam secukup rasa.

Cara:
Goreng campuran telur &sayur mcm buat telur dadar. Asingkan.
Goreng chicken slice. Asingkan.
Roti sapu butter. Panaskan atas pan. Asingkan.

Bentang roti.
Letak chicken slice.
Letak telur dadar sayur.
Tabur sikit gula.
Letak mayo & sos tomato/cili.
Letak chicken slice.
Letak cheese slice.
(Boleh susun ikut sukahati😅)
Siap. Hidang.
Mudah saja👍

Sumber resepi : Elaine Tan