Translate

Sabtu, 26 September 2020

RESEPI AYAM KOREA SPICY

Resepi Ayam Korea Spicy

Bahan-bahan
• 2 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• Sedikit lada hitam
• 1 ekor ayam (potong kecil)
• 1 biji telur ayam
• Setengah mangkuk tepung gandum
• Setengah mangkuk tepung jagung
• 2 cawan minyak masak

• 2 ulas bawang putih (didadu)
• 1 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar madu
• 1 sudu besar gula perang
• Secubit garam
• 1 mangkuk kecil bijan

Cara membuat:

1. Tumbuk bawang putih, halia dan hitam. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.

2. Masukkan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi sampai betul-betul rata.

3. Panaskan minyak masak. Goreng secara deep fry. Angkat dan ketepikan.

4. Untuk buat kuah, panaskan minyak masak di kuali. Tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.

5. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau rata.

6. Masukkan bijan dan gaul sebati.

7. Akhir sekali, apabila kuah sudah masak, masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.


Kredit: Pesan Bonda

Jumaat, 25 September 2020

KUIH KOLEH KACANG

RESEPI KUIH KOLEH KACANG
BAHAN2

BAHAN A
1 cawan gula merah
1cawan air
2sdb gula halus
1helai daun pandan

BAHAN B
1cawan tepung kacang hijau
1sk garam
2cawan santan
1/2 cawan air

CARA2NYA

-Masak bahan A sekadar gula larut sj.. sejukkan dan tapis...(jgn smp air gula pekat)
-satukan bahan (B), kacau hingga rata dan sebati dan tapiskan ke dlm kuali...(guna bekas kuali yg buat tahi minyak tadi)...
-masukkan bahan A ke dlm bancuhan B, kacau di atas api sederhana.. (tuangkan 2sb minyak tahi minyak supaya berkilat).
- Adunan hendaklah dikacau, supaya tidak bergentel dan melekat di dlm kuali..
-bila dah masak tuangkan ke dlm loyang yg telah di sapu minyak... Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya..

CARA MEMBUAT TAHI MINYAK
2cawan santan pekat
Garam sedikit
-masak dgn api perlahan sehingga menjadi tahi minyak dan warna kekuningan.Tapis supaya tahi minyak tidak hitam.
Minyaknya jgn buang guna dlm adunan supaya berkilat...

credit : Juma Natull‎

NASI DAGANG WARISAN TERENGGANU

Subuh subuh lagi kukus, 'arong' dan menggulai. Kalau bandingkan dengan nasi lain, nasi dagang ni lebih senang sebenarnya nak masak. Lebih kepada teknik. Bahan sangat tak banyak guna. Nasi dagang Terengganu ginilah. Masok kene dengang tertib terning oghang Teganung kate. Baru jaddi. 

Selalunya oghang Teganung gune repoh cap bunga Ros. Kami lagi suka guna rempah 'homemade' nenek dan rempah gulai Dayang Suri. 

Nasi dagang warisan Terengganu. Semoga anak-anak Terengganu tidak lupa makanan tradisi ini. Marilah kita berkongsi resepi. 

Untuk nasi. 
Bahan-bahan :
1 kg beras wangi. 
Santan cair 2 cawan. (saya guna cawan metrik) 
Santan pekat 2 cawan. 
Bawang merah 4-5 biji (dimayang sangat halus)
Halia 1 inci (dimayang sangat halus) 
Halba 1 sudu besar. 
Garam gula sebagai perasa.

Cara-cara masak nasi dagang :

Sediakan 1kg beras wangi. 
Rendam semalaman. 
Esoknya, cuci bersih-bersih. 
Panaskan kukusan. Alaskan kukusan dengan daun pisang. 
Kukus pulut untuk kali pertama selama 20-30 minit. 
Keluarkan nasi dari periuk kukusan, masukkan ke dalam besen besar. 
Campurkan bersama santan cair. 
Gaul sebati. 
Kukus semula dan waktu kukus kali kedua ni terus masuk halba. Kukus sehingga masak. Anggaran 20 minit. 
Masukkan sekali lagi nasi ke dalam besen besar, kali ini nasi digaul bersama santan pekat pula yang telah siap diperasakan garam gula. 
Setelah sebati, masukkan halia dan bawang merah yang telah siap dimayang. 
Siap nasi dagang. 

Untuk gulai ikan tongkol :
Bahan-bahan :
1 ekor ikan tongkol (Kukus/rebus dulu ikan bersama asam keping + garam + nisan semalaman) 
10 biji bawang merah dikisar
4 biji bawang putih dikisar 
1 inci halia dikisar 
1 inci lengkuas dikisar
3-4 sudu cili boh
200ml santan(agak2 jugak ni, kalau rasa tak nak berlemak sangat, jangan letak banyak) 
Asam keping 
Nisan kerek
Garam
5 sudu besar rempah gulai(terpulang apa-apa jenis rempah) Nak lebih, boleh tambah. 
Minyak secukupnya untuk menumis.

Cara-cara :
Panaskan minyak. 
Nak gulai cantik, minyak kena banyak.
Masukkan bahan kisar. 
Masukkan campuran rempah bersama cili boh. 
Masak sampai pecah minyak. 
Masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ikan. 
Tunggu pecah minyak lagi. 
Masukkan ikan. Masukkan asam keping(terpulang berapa keping sebab ikan dah rebus dengan asam keping) 
Masukkan santan. 
Tunggu mendidih. Perasakan. 
Siap gulai ikan. 

Untuk acar :
Timun batang 
Lobak merah 
Bawang merah 
Cili merah besar 
Cuka
Garam 
Gula

Potong panjang2 tirus2. Campurkan semua dan seimbangkan rasa. Siap acar. 

#NasiDagang
#DapurberasapIna 


**arong = gaul sebati 🙂

Sumber resepi : Raja Azlina

Rabu, 23 September 2020

PULUT INTI KELAPA MANIS

Resepi Pulut Inti Kelapa Manis

Bahan Resepi Pulut Inti Kelapa Manis :
1/2 biji kelapa parut
3 keping gula melaka (3kerek )
1 sudu makan gula putih
2 sudu makan tepung gandum
2 helai daun pandan disimpul
1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam
Cara Buat Inti Kelapa :

#1: Dalam kuali,campurkan gula melaka,gula putih,daun ,garam dan air. Masak hingga semua cair guna api sederhana.

Baru tambah masuk kelapa parut dan juga gandum. Kacau sebati dan masak hingga sedikit kering tapi masih lagi lembab. Baru lah sedap inti nya. Ketepikan seketika.

Bahan Resepi Pulut Inti Kelapa – Pulut :
4 cawan beras pulut
3 cawan santan sederhana pekat ( 2 kotak santan + air hingga cukup 3 cawan )
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan disimpul
Bahan Lain :

Daun pisang yang dilayur secukupnya

Cara Buat Resepi Pulut Inti :

#1: Rendam dulu beras pulut minima 1 jam 30 minit. Saya suka guna beras pulut susu. Dah siap rendam,basuh dan toskan.

Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih. Tuang beras pulut dalam loyang.Tambahkan santan,garam dan daun pandan.

Kukus pulut 15 minit dan kacau bagi rata.Sambung kukus 10 minit lagi. Dah siap,sejukkan dulu pulut.

Sedapnya resepi pulut inti ni. Buat dengan kelapa parut sebagai inti,lepas tu kukus pulut pula. Buat sebagai menu sarapan memang best. Cara buat pun senang
Ambil daun pisang yang telah dilayur ikut saiz anda suka,ambil pulut letak atasnya,tambah satu sudu makan inti di atas pulut,bungkus seperti bungkus nasi lemak.

Dah siap dah resepi pulut inti kelap yang sedap ni. Berlemak elok. Sedap makan waktu pagi ni.


Selamat mencuba.

BLEBAT UBI STELO @ LEPAT UBI KELEDEK


"BLEBAT UBI STELO"

(Anggaran dalam 60 butir)

Bahan-bahan:-
-Tepung Beras 1kg
-Santan Pekat 1 cawan
-Ubi stelo 2 toko (di hiris ikut suko)
-Air
-Garam secukup rasa
-Gula ikut suka
-Daun pisang dilayur

Cara-caranya:-
-masukkan santan di dalam periuk
-tambahkan gula
-perasakan dengan garam secukupnya
-tambahkan air dan kacau hingga sebati
-masukkan tepung beras
-kacau dan masukkan ubi stelo yang telah dihiris tadi
-hidupkan api, letakkan di atas dapur
-kacau sehingga agak-agak pekat
(Pastikan dikacau sentiasa untuk mengelakkan ianya berketul-ketul atau berkerak)
-padamkan api tunggu sehingga sejuk sedikit
-bungkus dengan daun pisang yang telah dilayur tadi
-masukkan dalam kukusan
-kukus dalam 5-10 minit
-angkat dan sedia untuk dimakan

Kredit Resepi : Arwan Shah Bin Tahir 

RESEPI KUIH TAIK ITIK (SHAI ANNE AHEMED)

 RESEPI KUIH TAIK ITIK (SHAI ANNE AHEMED)


Bahan2nya:
👉telor putih setengah kilo *ditapis*
👉tepung gandum setengah cawan
👉gula 1 cawan
👉bunga cengkih 5 - 6 kuntum
👉daun pandan 3 helai disimpul
👉minyak mazola setengah cawan

Cara membuatnya:
1. Kesemua bahan kecuali minyak disatukan. Kepok2 biar sebati.
2. Masak dengan menggunakan api yang sederhana.
3. Kacau2kan agar tidak hangit.
4. Bila dah hampir kental, masukkan minyak mazola.
5. Kacau lagi hingga kental sempurna.
6. Buang daun pandan dan bunga cengkih.
7. Bentukkan ikut suka hati. Selamat Mencuba


RESEPI KERABU MAGIE THAI

BAHAN-BAHAN:


1 paket mi segera | dicelur dan ditoskan (magie siam lagi bagus)
1 biji tomato | dipotong dadu
2 biji cili merah | dihiris
Segenggam daun ketumbar | dicincang
6 ekor udang segar | dicelur
3 ekor sotong
2 sudu teh pes tomyam thai
1 biji jus limau nipis
2 sudu sos ikan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Satukan pes tomyam, jus limau nipi, sos ikan, garam dan gula. Bancuh sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan tomato, cili merah dan daun ketumbar. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan mi segera dan udang yang telah dicelur. Gaul hingga semua bahan mesra.
4. Sedia untuk dinikmati.



RESEPI MEE CELUP

Bahan - Bahan


- mee kuning / bihun / kew teauw
- Lobak jeruk , ikan bilis goreng
- kangkung , sawi , bwg goreng
- kacang tanah tumbuk , limau nipis
- garam , gula , perasa
- bahan - bahan sup /fish ball
- daging (di hiris nipis)
- ayam (di potong dadu)
- perut lembu (ikut selera)

cara - cara

Sedia dan masakkan sup seperti biasa..rebuskan daging, ayam dan perut lembu bersama rempah sup.

Cara Menyediakan Mee.. Ambik mee/ bihun/kew teauw, celupkan ke dlm sup panas..celupkan juga kangkung, sawi,fish ball ke dalm sup panas..dan letakkan mee dah sayur tadi ke dalam mangkuk. kemudian masukkan ayam, daging, dan perut lembu ke dalam mangkuk..

Masukkan bahan - bahan sup seperti lobak jeruk, kacang tanah tumbuk, ikan bilis goreng, bawang goreng,kicap cair, taugeh yang dicelur, serbuk lada sulah, lada jeruk, serbuk cili, daun sup & daun bawang..dan terakhir..perahkan asam limau beserta telur separuh masak..


SUMBER: RESEPI BONDA@FB

Selasa, 22 September 2020

RENDANG MINANG

 bahan-bahan :RENDANG MINANG


500g lembu- daging batang pinang
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 sudu besar gula coklat (brown sugar)
3 cm lengkuas
2 batang serai
garam
600g kelapa diperah
3 cawan air

Bahan kisar sehingga halus:

40 cili padi
4 biji lada besar merah (fresh red chillies)
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia

Cara-cara

Gaulkan semua bahan-bahan diatas di atas kuali atau periuk memasak, bila menggelegak dan airnya hampir kering sedikit masukkan santan. Tunggu hingga menggelegak sekali lagi dan perlahankan api. Masaklah sehingga kuahnya hampir pekat dan akhirnya kering berminyak. 

RENDANG AYAM OPAH

 RENDANG AYAM OPAH (mesti SHARE)


Bahan-bahan :
1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu kerisik
2 helai daun kunyit diracik halus
minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan dikisar :
21 batang cili kering
2 labu bawang besar
4 ketul kunyit hidup
1 sudu ketumbar
2 biji buah keras
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas

Cara-cara :
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan dan ayam, gaul rata. Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gula.
Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang 

RENDANG AYAM PEDAS CILI PADI

 RENDANG AYAM PEDAS CILI PADI


Bahan-bahan:
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* (sy letak lebih rasanya) kisar bahan bertanda *
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
santan dari sebiji kelapa
daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
gula melaka
garam
air asam jawa

Cara:
1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula

RENDANG KERANG

 BAHAN UNTUK DIBLENDER

 Bawang merah
Bawang Putih
Halia
Lengkuas ( sedikit sahaja)
Kunyit hidup
Serai hiris ,lebihkan serai..lagi sedappp gituzzss
Cili kering yg di rebus dan diblender

Sukatan korang agak2 lah ye..cam masak rendang biasa2 tu ajeerr

 Kerang ( direbus dahulu)
KAYUmanis/bungalawang
Pati santan
Kerisik( saya buat sendiri mmg x pandai guna pakai yg ready made)
Bahan perasa
Daun kunyit di hiris..ikut suka hati nak hiris atau x nak

Cara: tumis kayu.manis tu..bahan blender sampai naik bau dan garing..
Masukkan cili kering
Masak sampai cili naik minyak..
Masukan santan...
Kerisik
Kerang
Bahan perasa...kcilkan api..
Yg last korang deco yerkk.

Jika nak kan rendang kering..biarkan dlm kuali lama sikit tp api.kecil.tauu..saya suka rendang berkuah sikit..makan dgn nasi panas2 sedappp juga...makan dgn nasi impit pun ok.

RENDANG AYAM POWER

 Cili api,

Lengkuas,
Kunyit,
Halia,
Serai,
Bawang merah,
Bawang putih,
(Blend)

1. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan blend.
2. Tumis sampai tukar warna coklat sikit. Masuk cili mesin.
3.Campak garam, ajinamoto (jika guna) dan gula melaka.
4.Masukkan ayam.
5. Kemudian terus masukkan santan. ( ini saya pakai santan kara kotak ye )
6. Agak kering sikit masukkan kerisik dan daun limau/daun kunyit hiris. Siap


Kredit Resepi : nurul jannah zakariar via mahn

NASI AYAM (SIMPLE)

Resepi nasi ayam terlajak senang dan sedap.. 🙈

Bahan-bahan utk sup
Utk sekor ayam (dibelah 4 bahagian)
2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih* (bahan yg brtanda * dipotong mayang)
2 inci halia*
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)
Sup bunjut
Kiub pati ayam

Bahan-bahan utk perap ayam
1 senduk kuah sup
Kicap manis (ikut uols nk manis mcm mne)
1/2 senduk kicap pekat
1/2 senduk sos cili
Sedikit madu

Bahan-bahan utk nasi
Daun pandan (disimpul)
3sb marjerin yg sudah dicairkan
Kuah sup (ikut sukatan uolss masak nasi)

Bahan-bahan utk kuah lada
3 lada besar merah
10 cili padi merah (ikut pedas uols nak)
1 biji tomato
2 ulas bwg putih
Sedikit cuka

Cara2 masak korang bole tgk stiap gambar hokeyy


kredit: amirah hussain