Translate

Selasa, 15 September 2020

APAM JEPUN

 Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sk. soda bicarbonate
1 cawan susu cair
1 biji telor
1 cawan air
1/2 packet yis kering
3 sb. gula
1 sb. margarine (cairkan)
1 sk. garam
1 sk. esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

Inti : jam nenas,atau kacang merah,atau pes coklat..atau sekaya

Cara-caranya:

Campurkan air bersama yis dan gula untuk aktifkan yis.. Biar berbuih.
Campurkan susu cair dengan telor dan margarine cair..ketepikan.
 Masukkan bahan- bahan lain kedalam bekas,dan tuang campuran yis tadi, bersama campuran telur + susu, gaul rata, bila dah sebati, perap selama  1 jam dengan menutup bekas.

Cara masak :

Panaskan kuali leper ,sapu minyak. Sapukan juga minyak  di keliling acuan. Acuan yang digunakan di sini adalah acuan " egg banjo".
Tuang 1/2 adunan, biarkan selama  1 min baru sudukan inti, kemudian tutup dgn 2 sudu besar lagi adunan batter, tutup kuali..Biar selama 2-3 min , kemudian kikis acuan dgn pisau supaya kuih lekang dari adunan..bila kuih tanggal dari acuan balik2 kan supaya masak sekata..
Langkah terakhir.. angkat..!



Selamat Mencuba!
Resepi asal oleh saudari Mahani Hussain via masak apa hari ni.

APAM PANDAN

Bahan untuk resepi apam pandan gebu :

1)Tiga setengah cawan tepung gandum
2)Satu cawan air pandan ( kisar satu lima helai pandan dan tapis )
3)Satu cawan santan
4)Satu cawan gula pasir
5)Satu paket yis mauripan (11 gram)
6)Satu sudu teh garam
7)Pewarna hijau sikit

Cara cara membuat apam pandan kukus :

Satukan semua bahan dan kacau sampai sebati.
Perap selama satu jam
Dah siap perap, sapu minyak pada acuan
Tuang adunan separuh acuan
Kukus selama lima belas minit atau sampai masak.

Dah masak, biarkan seketika. Bila sudah sejuk baru keluarkan dari acuan dan gaul bersama kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.
Selamat mencuba.💗

Sumber resepi : Resepi IBU @ Facebook

APAM BERAS


Bahan-bahan:

2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis - mauripan
Kelapa parut + sedikit garam

Cara-caranya:

1. Blend nasi dan air sehingga hancur .
2. Setelah hancur, campurkan gula dan blend sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu, masukkan bahan yang diblender tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam.
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
6. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
7. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.


Anda boleh tambah apa- apa warna yang anda suka dan anda juga boleh guna apa-apa sahaja acuan yang anda ada..💖

Sumber resepi Resepi IBU @ Facebook