Translate

Khamis, 17 September 2020

PAPRIK DAGING #myownStyle

Paprik Daging

Bahan2 asas 

1-Bawang  putih *ketuk je
2-Cili kering *kisar
3-Daging@ayam@seafood *gaul dulu ngan 'Maggie Cukup Rasa".

*BahanTambahan-sos tiram, sos cili , pes asam jawa dan sedikit gula.

Sayur2 kegemaran anda..cthπŸ‘‡

4-lobak *potong ikut suka hati ,tapi jangan kecik sangat.
5-cendawan shitake *belah je lah macam mana pun ..nak campak seketul 2 pun boleh ..
6-bawang besar/merah dan kuning              *potong dadu 
7-cili padi hijau@ cili Benggala /merah/hijau/kuning (ini opsyen shj supaya sajian nampak lagi meriah) 
  *Cili Benggala ni pun potong dadu*
8- kalau ada lagi sayur yg anda nak  tambah , tambah lah.. πŸ˜…
9- kalau ada jagung muda yg kecik tu pun  boleh  gak campak sekali..πŸ˜‰

Caranya.. 
bawang putih dalam 5 ulas kasi ketuk dulu.. then tumis sekejap..dalam 2 minit then masuk kan cili kering kisar tadi..dalam 2-3 sudu besar ( ikut rasa pedas yg anda mahukan)..then kacau sampai cili tadi kering air nya.. lebih kurang dalam 5 minit je ..
Then masuk lauk tadi ayam/daging/ seafood..kacau lagi.. sampai lauk yg anda masukkan tadi masak.. ( kalau pakai seafood , tunggu sampai separuh masak ye.jgn sampai masak nanti tak sedap 😜..) 
Then last... Masuk semua sayur2 yg anda suka tu bersama sos tiram , sos cili, pes asam jawa dan juga sedikit gula... kemudian kacau.. lepas 5 minit test rasa.. cukup tak dia punya masam,manis dan masin nya..? Kalau tak cukup pandai 2 lah kiranya ejas sendiri ye.. jgn salahkan sis ye..,😜😜

Ini pakrik gaya Sis ye..jgn samakan ngan mana2 paprik kat dunia ni ye..😜

Sekian Wassalam....  


RESEPI KUAH SOTO, BEGEDIL DAN CILI KICAP

RESEPI KUAH SOTO πŸ˜‹

1. Blend halia, lada hitam, jintan manis, jintan putih, halia, bawang besar & bawah putih
2. Panaskan minyak, tumis 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga..bila dah naik bau, masukkan bahan blend tadi. Goreng hingga naik minyak & bau semerbakπŸ˜€
3. Masukkan air, sekeping asam keping, sebatang serai dititik. Kemudian masukkan rempah mak siti (masukkan air kacau dahulu so that dia tak berketul kemudian baru masukkan dalam bahan tadi)
4. Masukkan dada ayam dan ayam di rebus sampai masak. Setelah masak keluarkan dan tos. Sup ni di tambah air ikut suka banyak mana kemudian masukkan garam gula secukupnya
5. Ayam yang direbus tadi kemudian di goreng dan diricih2kan

RESEPI BEGEDIL
1. Kentang di buang kulit dan dihiris2 kemudian digoreng
2. Bila dah masak, kentang di tumbuk lumat dan gaulkan dengan mince meat
3. Masukkan sedikit telur (kalau sebijik telor di pecah dan kacau, masukkan separuh) * kalau terlembik masukkan sedikit tepung kalau 'ok'..tepung tidak perlu
4. Potong daun sup & bawang , gaulkan sekali dengan bahan tadi (option). Jangan lupa garam gula dan perasa
5. Kemudian di bulat2kan. Panaskan minyak..celup telur dan goreng dengan api sederhana

RESEPI CILI KICAP
1. Blend cili (sebanyak dan mengikut kepedasan masing2)
2. Seulas dua bawang putih (depends banyak mana cili)
3. Kicap dan garam sedikit
4. Blend kesemua, last sekali perah limau sedikit
Semoga resepi ini memberi manfaat kepada semuaπŸ˜‰


Kredit: ‎Kaseh Aryssa‎

RESIPI LAKSAM PUTIH LICIN

 Bahan-bahannya:

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air ( 3 cawan air panas+ 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam
( Adunan ni dapat dalam 10 batang laksam)

Cara-caranya:

Satukan kesemua bahan, kacau sehingga adunan tak berketul. Lepas kacau,Tapis adunan.
Panaskan pengukus. Letakkan tudung periuk didalam kukusan beserta dgn sedikit minyak masak . Lepastu masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak. Adunan masak dalam 2-3 minit. Angkat dan biarkan seketika, baru gulung. Ulang langkah sehingga adunan habis......... Siap ..!

Untuk kuah putih :
Ikan kembong 5/6 ekor ( ikan bersize sedang, jangan ikan yg kecil) ( Rebus ikan bersama asam keping dan garam, lepas tu ambil isi ikan dan blend bersama bawang putih, bwg merah dan lada hitam)
Santan kotak brand M&S 400gram (2 kotak kecil-kotak warna kuning)
Lada htam 3 sudu stengah ( sukatn sudu kfc atau sudu kecil) - (Blend bersama ikan)
Gula 2 sudu besar @ 1 sudu 1/2 sudu besar ( jangan penuh sangat)
Bwg putih 3 ulas ( Blend bersama ikan)
Bawang merah 4 biji ( Blend bersama ikan)
Ajinomoto jika mahu
Garam secukupnya
Air secukupnya ( dalam 2 cawan )
*campur semua bahan dlm periuk, kacau sehingga mendidih. Siap ...!
*doublekan bahan jika buat banyak
Makan bersama Ulam :
Kacang panjang - hiris
Bunga kantan - hiris
Daun kesum - hiris
Kobis - hiris
Timun batang - cincang dan hiris
Taugeh
( Gaulkan sekemua ulam)
Tambahan bahan lain : ( Tak nak pun tak apa)
Belacan
Ciliboh
Garam

P/s : Kalau nk mkn jnis ada pedas2 skit, Kalau tak nak mkn laksam dgn ciliboh, boleh juga makan dengan sambal lada : Resepi - Ambil cilipadi merah 15 biji, 2 biji lada besar merah, sedikit garam & gula. Blend guna blender kering. Masukkan dlm mangkuk, letak sedikit cuka n air panas. Gaul rata.........Siap !
P/s : Contoh pinggan ikea yg digunakan untuk mengukus ada di gambar yang terakhir .
Jika tak ada tudung periuk, so boleh la guna pinggan ikea yea 😍
Boleh juga makan bersama laksa...


Selamat Mencuba ...
Sumber : Ilham Resepi @ facebook
Resepi asal oleh saudari ..Tia Rizz πŸ’–