Translate

Khamis, 17 September 2020

RESIPI LAKSAM PUTIH LICIN

 Bahan-bahannya:

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air ( 3 cawan air panas+ 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam
( Adunan ni dapat dalam 10 batang laksam)

Cara-caranya:

Satukan kesemua bahan, kacau sehingga adunan tak berketul. Lepas kacau,Tapis adunan.
Panaskan pengukus. Letakkan tudung periuk didalam kukusan beserta dgn sedikit minyak masak . Lepastu masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak. Adunan masak dalam 2-3 minit. Angkat dan biarkan seketika, baru gulung. Ulang langkah sehingga adunan habis......... Siap ..!

Untuk kuah putih :
Ikan kembong 5/6 ekor ( ikan bersize sedang, jangan ikan yg kecil) ( Rebus ikan bersama asam keping dan garam, lepas tu ambil isi ikan dan blend bersama bawang putih, bwg merah dan lada hitam)
Santan kotak brand M&S 400gram (2 kotak kecil-kotak warna kuning)
Lada htam 3 sudu stengah ( sukatn sudu kfc atau sudu kecil) - (Blend bersama ikan)
Gula 2 sudu besar @ 1 sudu 1/2 sudu besar ( jangan penuh sangat)
Bwg putih 3 ulas ( Blend bersama ikan)
Bawang merah 4 biji ( Blend bersama ikan)
Ajinomoto jika mahu
Garam secukupnya
Air secukupnya ( dalam 2 cawan )
*campur semua bahan dlm periuk, kacau sehingga mendidih. Siap ...!
*doublekan bahan jika buat banyak
Makan bersama Ulam :
Kacang panjang - hiris
Bunga kantan - hiris
Daun kesum - hiris
Kobis - hiris
Timun batang - cincang dan hiris
Taugeh
( Gaulkan sekemua ulam)
Tambahan bahan lain : ( Tak nak pun tak apa)
Belacan
Ciliboh
Garam

P/s : Kalau nk mkn jnis ada pedas2 skit, Kalau tak nak mkn laksam dgn ciliboh, boleh juga makan dengan sambal lada : Resepi - Ambil cilipadi merah 15 biji, 2 biji lada besar merah, sedikit garam & gula. Blend guna blender kering. Masukkan dlm mangkuk, letak sedikit cuka n air panas. Gaul rata.........Siap !
P/s : Contoh pinggan ikea yg digunakan untuk mengukus ada di gambar yang terakhir .
Jika tak ada tudung periuk, so boleh la guna pinggan ikea yea 😍
Boleh juga makan bersama laksa...


Selamat Mencuba ...
Sumber : Ilham Resepi @ facebook
Resepi asal oleh saudari ..Tia Rizz 💖


Tiada ulasan:

Catat Ulasan