Translate

Khamis, 17 September 2020

RESEPI SATAY TURUN TEMURUN

Resepi satay turun temurun dari arwah tok sampai ke cucu.

🤗Bahan2
Isi dada@peha ayam 10kg
Gula 3 kilo
Garam 10 sudu
Aji 2 sudu
Kunyit babas 125g

🤗Bahan2 diblend
Jintan manis biji 20sudu
Jintan putih biji 10sudu
Serbuk ketumbar babas 10sudu
Serai 10 btg
Lengkuas agak2 2 ibujari
Halia agak2 2ibu jari
Bawang putih 1 labu
Bawang besar 2 biji

🤗Cara2
Potong dadu isi ayam,kulit ayam celur sekejap potong kecik agak2 boleh cucuk,masuk semua bahan2di atas gaul rata perap 2 3 jam boleh lah cucuk bakar..

🤗Bahan renjis masa bakar
2 sudu susu pekat manis@santan,air perap satay,air masak sikit,minyak masak campur buat untuk renjis,bau harum semerbak masa bakar nanti

🤗Untuk kuah kacang
Bahan2

Kacang tanah 3kg
Minyak masak 1kg
Cili kering
Gula 1 kg
Garam
Air perapan satay 5 cawan
Bahan tumis sama macam bahan bland tadi sukatan separuh dari tadi

🤗Cara2 buat kuah kacang

Tuang minyak dlm kuali terus letak kacang bila minyak panas kacang pun masak jgn smp hitam nanti lemak kacang hilang,goreng cabai kering angkat bila sejuk boleh lah tumbuk atau blend(saya blend dengan air).

Tumis bahan blend(serai lengkus bawang putih/merah halia jintan manis/putih ketmbar) dalam kuali dengan minyak sampai pecah minyak,kemudian tuangkn bahan tumis dlm kacang dgn cabai yg di blend tadi perasakn dengan gula garam..kalau suka aji bubuh lah sikit dan kalau x suka manis buleh kurang kan gula ikut cita rasa sendiri...


Ok sekian terima kasih selamat mencuba

kredit to aisyah mohd nor

KUIH KATO@KUIH KATUN

kalau org kelate mesti tau kuih ni kan...kuih kato@kuih katun...asas kuih ni adalah tepung pulut..air kapur..kelapa parut n air gula melaka😀

1. Satukan 3 cwan tepung pulut n scwan gandum,dan air kapur sikit dan masukkan air sedikit demi sedikit uli2 smpai jd doh..(untk warna kalau ikt org dlu buh gambir..tp sy titik pwarna merah n biru skit je..bg warna light2 je...nk pkai air daun pandan pn bleh)

2. Sapu minyak pada loyang, alas daun pisang(sy alas pkai plastik je...sapu minyak pd alas jgk😅).Letakkan adunan tepung tadi,penyet2 n ratakan dan kukus sampai masak.

3. Gunakan garpu atau lidi untuk menyucuk adunan tadi, tgk melekat ke x.

4. Sejukkan,kemudian potong kecil-kecil sebesar ibu jari tangan

5. Gaulkan bersama kelapa parut yg dh dicmpur dgn garam skit.

6.cair kn gula melaka untk dijadikan kuah.makan bsama kuih td.


Cc: siti faizah mohd nawi

APAM CHEESE

Bahan-bahan :

2biji telur gred A atau B
1cawan gula
1sudu kecil ovelete
1cawan susu cair
2 keping cheddar cheese
2 cawan tepung naik sendiri
2sudu kecil esen vanilla

*masak susu cair dan cheddar chese dgn api sederhana hingga cheese larut.ketepikan

Cara-cara :

Pukul gula telur ovelete dan esen vanila hingga putih gebu.masukan susu cair yg dimasak bersama cheese tadi.baru masukan tepung.ayak tepung dulu yer.gaul rata.
Boleh masukan dlm cup.saya guna sudu jer.kukus api sederhana 8-9 minit.. pstikan air kukusan mendidih dahulu.. selamat mencuba..


Sumber resepi : Eiyjarn Aziean AnGah‎ #mahn