Translate

Khamis, 17 September 2020

MEE KUAH ( kelantan style)

Bahan²:

🌶tulang/daging
🌶mee kuning (cuci & toskan)
🌶bawang merah*
🌶bawang putih*
🌶bawang besar (hiris)
🌶halia*
🌶lada hitam*
🌶sawi, carrot, kobis
🌶telur
🌶tomato

Cara²:
🌰rebus tulang/daging sampai empuk.
🌰panaskan minyak, tumis bahan tumbuk* (tumis darat)
🌰bila dah garing masukkan kedalam rebusan tulang/daging tadi bersama bawang besar.
🌰masukkan garam, sedikit ajino, maggie cukup rasa.
🌰biar seketika. pecah kan telur. masukkan sayur².
🌰akhir sekali masukkan mee yg telah dicuci tadi.
🌰siap.

Resepi asal oleh saudari Nur Adyani.
Selamat Mencuba..😃

ACAR PISANG GALO/BENGGALA

Resepi asal dikongsikan oleh saudara Ben Safwan

Sumber : Kelantan Video @ Facebook

~Ben nak kongsi cara mok Ben buat acar pisang galo yang paling sedap di tekak Ben.
Pisang galo atau pisang benggala ni kena ambil yang sederhana muda lagi. Baru sedap. Untuk sukatan ni dalam anggaran 1.4-1.6 kilogram pisang.~

Mula-mula kena kupas kulit pisang memanjang. Tinggalkan sikit lepas tu kelar manja. Untuk bagi getah ,rasa pahit keluar dan rasa acar meresap masuk dalam pisang. Sambil kupas tadi,terus masukkan pisang dan rendam ke dalam air dicampur 2 genggam garam kasar selama 60 minit minima.

Tujuan dia untuk buang getah,rasa kelat pisang dan elakkan warna pisang jadi lebam.

Dah siap,toskan dengan air bersih. Dalam periuk lain,didihkan air dalam periuk dan baru celur pisang hingga separuh masak. Tujuan untuk lembutkan dan buang lagi rasa kelat.Dah toskan dan sejuk,perah sedikit pisang biar keluarkan air kelat pisang.

Dah masuk bahagian nak buat kuah acar pisang galo.

Kisar 7 biji besar bawang merah saiz 50 sen lama,3 ulas bawang putih sederhana,1/2 inci halia.

Panaskan 4-5 sudu makan minyak,tumis bahan kisar hingga kekuningan.Baru tambah masuk 5-6 sudu makan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.Api sederhana besar

Tambah 1 1/2 senduk cuka,2 senduk gula, 2 sudu teh garam,400 gram santan pekat,200 ml air untuk kali pertama.

Baru tambahkan pisang dan masak hingga mendidih.

Tambah hirisan bawang besar dan cili besar jika suka.

Sesuaikan rasa buat kali terakhir mengikut selera anda. Rasa acar yang sedap ada rasa masam,manis yang sesuai.

Jangan terus makan. Biarkan sekurang-sekurangnya 1 jam untuk rasa acar bercampur sebati dengan pisang.

Lagi sedap semalaman.

Kuah acar camni boleh digunakan untuk masak timun,rebung,umbut kelapa ,timun+ taugeh. Sesuai makan dengan ikan goreng,ikan bakar.
Selamat Mencuba...😉

KARIPAP PUSING

Doh minyak :


2 cwn tpg gandum
1 sudu tpg jagung/t.beras
3-4 sudu minyak msk yg telah panaskn
Garam secubit
Air sejuk dari peti ais secukup untuk doh .

Di gaul sebati tpg n minyak tadi pastu baru masuk air sejuk sedikit demi sedikit sampai jadi doh yg lembut..bahagi beberapa bahagian dan leperkn..
(tgok dlm gambar)

Doh marjerin:

1 cwn tpg gandum
1/2 sudu tpg jagung/ t.beras
Marjerin secukupnye untuk bancuhan..
Gaul tpg ngan marjerin sampai jadi doh..
bahgi doh mengikut doh yg pertama tadi..buat bulat²...masukkn dlm doh yg pertama yg dah di leper kn tadi..
tutupkn bulat²kn sedikit...buat sehingga abis...rehatkn doh dlm 15 minit baru di gelekkn ,dah di gelek gulung lgi sekali baru di potong ikut ketebalan yg kite nk...
pastu gelek lagi baru masukkn inti kelim tepi baru goreng...

Selamat Mencuba..
Resepi asal oleh saudari Ina Rose