Translate

Khamis, 17 September 2020

KERIA GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:

-ubi keledek
-tepung beras
-gula melaka + gula biasa

cara nya :
-ubi keledek kupas kulit, potong dadu2. (bsr sikit, jgn mcm dadu sungguh lak) 

-msuk keledek potong td dlm periuk, masuk air, agak tggelam ubi.. pastu buh garam sikit... (bg ad rasa keledek)

- rebus smpai empuk ye.
-angkat toskn.... lenyek smpai hncur ms panas2. dh selesai lenyek, sejukkan...
p/s: bg sejuk btul2 ye.....!

-masukkn tepung beras dlm ubi lenyek ye... agk2 je.. sukatan sbnr sy lupa.

dh lama xniaga... yg pasti , sukatan ubi lenyek & tpung beras td...xmelekat kat tgn masa kita nk uli (bulatkan)

-bulat2kan mcm dlm gmba kt bawah, ikut size sama bulat. nk buat besar kecik pon xpela, ikut msg2. mcm sy timbang..ikut gram.. bg comel2 & sama size.

-lps tu bru tekan sikit doh bulat tu.. (sikit je tekan taw, mcm rupa kuih CUCUR BADAK)

- bru tekan guna jari kelingking bg ad lubang.. (tekap)
-goreng smpai garing....mcm sy suka gelap2. lg crunchy. 


Untuk sukatan sira:
-1 senduk nasi gula melaka
-1sudu gula biasa
(bahan ni ltk dlm kuali ye)
-masukkn air (agak gula tggelam) jgn byk air ye.
-masak smpai menggelegak (berbuih)
-bg melekit ye, xcair. bila kita angkat pakai senduk/sudip, nampak air gula xputus2.
-msukn keria , ttp api & gaul.

p/s : jarakkn keria ye, sbb akan melekat sblm keras. nntu xcntik rupa kalau kita angkat.

lastly... masak siap tu kena la ckp ikut alunan (DP eina azman)



Kredit Resepi : qinn anne via mahn 

KUIH LAPIS

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.

Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis. 



RESEPI SERABAI KEDAH

Resepi :

4 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air ( tuang secawan demi secawan hingga dpt kepekatan yg cair.sedikit dr adunan tpg goreng pisang)
1/2 paket yis mauripan
4 sudu gula
Secubit garam
Setengah paket eno original,paket biru.

Campurkan semua adunan sehingga sebati dan tidak berketul2. Perap selama 2 jam tutup adunan dgn tudung periuk.(adunan akan naik dua kali ganda dan berbuih)
Setelah diperap,masukkan eno dan kacau hingga sebati.

* xboleh terlalu lebih perap nanti x naik..so better sejam lebih dah check adunan

* adunan cair sedikit dr bancuhan tpg grg pisang.kalu cair sgt nanti lembik.

lepas adunan dah set,sendukkan ke dlm acuan serabai yg telah di oles dgn marjerin atau myk.tutup acuan dgn tudung periuk selama 5minit atau sehingga tepung masak.

Kuah lemak manis:

2 cwn santan
2sb tpg gandum
Secubit garam
Seketul gula melaka
4sb gula
Daun pandan

Cara: satukan semua bhan dlm periuk,kacau hingga sebati dan masak.atas api sederhana hingga kuah pekat blh tutup api.

SUMBER: ROHAIDA ABD RAHMAN @ Facebook