Translate

Ahad, 1 Ogos 2021

Kek Lapis Gula Apong

Bahan-bahannya:

10biji telur gred A@ AA
500gm butter
1 st esen vanilla
80gm srikaya
505gm susu pekat
250gm tepung gandum
150gm horlicks
50gm serbuk santan
150gm gula apong

Cara-caranya:

pukul butter & esen vanilla sampai kembang & putih. masukkan telur 1per1. pukul sampai kembang. masukkan susu & srikaya. pukul sebati. masukkan horlick sikit2 sambil putarkan perlahan mixer. masukkan serbuk santan. sebatikan. masukkan tepung gandum. gaul sebati. bahagikan kpd 2 adunan. 1 adunan letak gula apong. gaul sebati. warna ikut suka. kukus berlapis sampai masak. pastikan betul2 masak baru tuang lapisan baru. sekian. slmt mncuba.

 

 Resepi Kredit : Aneka Resepi Kek @ fb.com

Info extra:

APA ITU GULA APONG?
 
Gula apong adalah manisan asli yang berasal dari Sarawak.
Pokok Apong adalah merupakan pokok Nipah dalam bahasa sarawak.
Gula Apong dihasilkan dari air nira yang diambil dari perdu (tangkai) buah Apong yang dipotong.
Berbeza dengan Gula Melaka yang berasal dari Nira Kelapa, dan Gula Kabong yang berasal dari Nira pokok Kabung, gula Apong mempunyai tekstur yang agak halus dan rasa kemanisan yang unik.
Bentuk Gula Apong asli juga berbeza, dimana ia adalah cecair likat, berbanding gula melaka dan Gula kabong yang dibentukkan menjadi pepejal.
 
info about Gula Apong kredit to:
 Mokti's Ice Cream Gula Apong Senawang

 

KEK LAPIS COCO-HORLICKS

 Bahan-bahannya:

250 gram butter (suka hati nk pkai brand apa)
1/2 cawan gula halus
5 biji telur A
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan horlicks
2@3 sudu besar serbuk koko (sya ltk 2sdb je)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan tepung hongkong@tepung gandum (sya guna t.gndum je)
Pewarna kuning

Cara-caranya:
 

1.. griss loyang dan alas baking paper

2.. pukul mentega, gula hingga berkrim

3.. masukkan telur sebiji-sebiji.. pukul hingga kembang

4.. masukkan esen vanilla. . Sebatikan

5.. masukkan susu pekat dengan tepung secara selangseli.. kaup balikkan

6..adunan dibahagi 2
★campur dengan horlicks, pewarna kuning
★campur dengan serbuk koko

7.. kukus berlapis-lapis..contohnya.. kukus lapisan serbuk koko 6 minit.. kemudian baru kukus lapisan horlicks 6 minit... ulangi langkah tersebut sampai habis adunan secara selangseli..

8.. untuk lapisan yang terakhir kena kukus 30 minit supaya masak sekata.

 


 Kredit to : Aneka Resepi Kek @ Fb.com

Kek Lapis Bumi

 

Resepi...(sukatan cawan yg sama ye)
 
1. 2 cawan butter (golden churn) sy bli kt kedai bakery klu xda guna butter biasa pn boleh utk mkn sendiri xpyh cerewet sgt ..
2. 10 biji telor
3. 1 cawan gula halus (sy blend bg halus lg nk dptkn kek yg licin)
4. 2 tin kaya ( sy guna brand yeos & tin yg kecil ye)
5. 1 tin susu pekat manis
6. 3 sudu makan nescafe
7. 1 sudu teh asen vanilla
8. 1 sudu teh baking powder
9. 1cawan setgh tpg gandum ( diayak bersama baking powder) sy guna cawan baking,klu xda guna je sukatan cawan teh,sb sukatan cwn teh sama sukatan cawan baking..
 
 
Cara-caranya:

Satukn gula,asen vanilla & butter..mix sehingga kembang..masukkn telor satu persatu pukul sehingga sebati & kembang,masukkn kaya & susu mix lg..last masukkn tepung, mix lg sampai ringan & aduan licin ..bagikn pd dua bahagia, bahagian prtama letak nescafe kacau sehingga nescafe sebati, bahagian satu lg pewarna hijau atau nk bt 2,3 warna trpulg.. kukus setiap lapisan tu dlm 3 minit agk² jgn trlalu lama nt lapisan xmelekat.. ikot kukus masing² sy guna kukus elektrik mmg cpt brbanding kukus dapur, tips utk setiap lapisan korg guna sudu,slow² ratakn..lg nipis layernya lg sedap kek korg..last kukus selama 1jam..buat kek ni perlu ada kesabaran ye,mmg lambat siap..hasilnya mmg sedap, jgn lupa alas loyang korg dgn kertas myk atau sapukn butter, nt da masak biarkn sejuk kemudian tebalikkn permukaan ats kebawah, kemudian kebawah keatskn semula..permukaan kek korg akn jd licin seperti dibawah,nt simpan dlm peti time nk mkn korg akn rasa nikmatnya....
 

..selamat mencuba semua,..kredit to

SuiSan Aliezsha via Masak Apa Hari Ni (MAHN)