Translate

Ahad, 1 Ogos 2021

Kek Lapis Gula Apong

Bahan-bahannya:

10biji telur gred A@ AA
500gm butter
1 st esen vanilla
80gm srikaya
505gm susu pekat
250gm tepung gandum
150gm horlicks
50gm serbuk santan
150gm gula apong

Cara-caranya:

pukul butter & esen vanilla sampai kembang & putih. masukkan telur 1per1. pukul sampai kembang. masukkan susu & srikaya. pukul sebati. masukkan horlick sikit2 sambil putarkan perlahan mixer. masukkan serbuk santan. sebatikan. masukkan tepung gandum. gaul sebati. bahagikan kpd 2 adunan. 1 adunan letak gula apong. gaul sebati. warna ikut suka. kukus berlapis sampai masak. pastikan betul2 masak baru tuang lapisan baru. sekian. slmt mncuba.

 

 Resepi Kredit : Aneka Resepi Kek @ fb.com

Info extra:

APA ITU GULA APONG?
 
Gula apong adalah manisan asli yang berasal dari Sarawak.
Pokok Apong adalah merupakan pokok Nipah dalam bahasa sarawak.
Gula Apong dihasilkan dari air nira yang diambil dari perdu (tangkai) buah Apong yang dipotong.
Berbeza dengan Gula Melaka yang berasal dari Nira Kelapa, dan Gula Kabong yang berasal dari Nira pokok Kabung, gula Apong mempunyai tekstur yang agak halus dan rasa kemanisan yang unik.
Bentuk Gula Apong asli juga berbeza, dimana ia adalah cecair likat, berbanding gula melaka dan Gula kabong yang dibentukkan menjadi pepejal.
 
info about Gula Apong kredit to:
 Mokti's Ice Cream Gula Apong Senawang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan