Translate

Ahad, 1 Ogos 2021

PUDING ROTI BERSOS KASTARD

 

BAHAN-BAHAN :
7 keping roti dipotong petak
1 biji telur*
1 1/2 cup susu segar*
4sdb gula*
1 penutup esen vanilla*
Secubit garam*
1sdb marjerin/ butter*
Hiasan - choc chips, kismis, ceri, hirisan badam
 
CARA-CARA:
Sapukan marjerin di sekeliling loyang
Susunkan roti yg dipotong petak
Kisar bahan bertanda * & tuang ke atas roti
Tekan2 roti *PASTIKAN SEMUA ROTI MENYERAP ADUNAN TADI*
Taburkan bhn hiasan
Bakar suhu 160deg selama 35 min
 
RESIPI SOS KASTARD:
3sdb tepung kastard
1 1/2 cup susu segar
3sdb gula (ikut kemanisan masing2)
 
CARA-CARA:
Masak sehingga mendidih & sedikit pekat
Tuangkan ke atas roti yg siap dibakar
 
kredit: saiful nasuha@fb.com

Kek Lapis Gula Apong

Bahan-bahannya:

10biji telur gred A@ AA
500gm butter
1 st esen vanilla
80gm srikaya
505gm susu pekat
250gm tepung gandum
150gm horlicks
50gm serbuk santan
150gm gula apong

Cara-caranya:

pukul butter & esen vanilla sampai kembang & putih. masukkan telur 1per1. pukul sampai kembang. masukkan susu & srikaya. pukul sebati. masukkan horlick sikit2 sambil putarkan perlahan mixer. masukkan serbuk santan. sebatikan. masukkan tepung gandum. gaul sebati. bahagikan kpd 2 adunan. 1 adunan letak gula apong. gaul sebati. warna ikut suka. kukus berlapis sampai masak. pastikan betul2 masak baru tuang lapisan baru. sekian. slmt mncuba.

 

 Resepi Kredit : Aneka Resepi Kek @ fb.com

Info extra:

APA ITU GULA APONG?
 
Gula apong adalah manisan asli yang berasal dari Sarawak.
Pokok Apong adalah merupakan pokok Nipah dalam bahasa sarawak.
Gula Apong dihasilkan dari air nira yang diambil dari perdu (tangkai) buah Apong yang dipotong.
Berbeza dengan Gula Melaka yang berasal dari Nira Kelapa, dan Gula Kabong yang berasal dari Nira pokok Kabung, gula Apong mempunyai tekstur yang agak halus dan rasa kemanisan yang unik.
Bentuk Gula Apong asli juga berbeza, dimana ia adalah cecair likat, berbanding gula melaka dan Gula kabong yang dibentukkan menjadi pepejal.
 
info about Gula Apong kredit to:
 Mokti's Ice Cream Gula Apong Senawang

 

KEK LAPIS COCO-HORLICKS

 Bahan-bahannya:

250 gram butter (suka hati nk pkai brand apa)
1/2 cawan gula halus
5 biji telur A
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan horlicks
2@3 sudu besar serbuk koko (sya ltk 2sdb je)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan tepung hongkong@tepung gandum (sya guna t.gndum je)
Pewarna kuning

Cara-caranya:
 

1.. griss loyang dan alas baking paper

2.. pukul mentega, gula hingga berkrim

3.. masukkan telur sebiji-sebiji.. pukul hingga kembang

4.. masukkan esen vanilla. . Sebatikan

5.. masukkan susu pekat dengan tepung secara selangseli.. kaup balikkan

6..adunan dibahagi 2
★campur dengan horlicks, pewarna kuning
★campur dengan serbuk koko

7.. kukus berlapis-lapis..contohnya.. kukus lapisan serbuk koko 6 minit.. kemudian baru kukus lapisan horlicks 6 minit... ulangi langkah tersebut sampai habis adunan secara selangseli..

8.. untuk lapisan yang terakhir kena kukus 30 minit supaya masak sekata.

 


 Kredit to : Aneka Resepi Kek @ Fb.com