Translate

Rabu, 4 Ogos 2021

KEK HARIMAU MALAYA (loyang 8.5”)

Bahan A :
 
500gm mentega anchor/golden churn
150gm gula castor
1sdm ovelete
10 biji telur gred Aa
250gm susu pekat
1 tin kecil serikaya
200 gm horlick
250gm tepung pau
1 sd kcl esen vanila
 
Bahan B :
 
150 gm cream cheese
pewarna oren
 
Bahan C : 
 
1 cup metrik Milo
2 sudu koko powder
1-2 sd browning liquid
 
Cara-cara :
*pukul mentega,gula castor dan ovelete hingga kembang putih gebu.
*masukkan telur satu persatu
*kemudian masukkan susu pekat dan serikaya pukul hinggga sebati baru masuk bahan kering seperti horlick dan tepung pau. pukul lagi hingga tidak beketul kemudian masukkan esen vanila sebatikan.
*bahagi adunan kepada 2 bahagian
 
1-masukkan bahan A:cream cheese dan pewarna oren
2-masukkan bahan B: milo,serbuk koko dan browning liquid. 
 
*masukkan adunan dalam piping bag atau botol sos
 
Cara Melapis:
 
lapik loyang dengan kertas minyak
panaskan oven api bawah atas 150c ikut oven masing2.
selang seli adunan oren dan coklat menggunakan piping bag atau botol sos.
bakar ,kemudian tukar api atas sahaja piping lagi untuk lapisan kedua dan seterusnya sehingga habis.saya dapat 13 lapisan.
 
Kredit : nurul haniza mohamad
 

 
 

Kek pandan versi sponge kek

Senang Jer,,,!
 
Bahan-bahan:
Telor 5bji
Tepung kek bluekey 1cawan(ayak)
Gula blend halus 1cawan
Perisa pandan 1sudu mkn
Pewarna hijau 1sudukecil
Ovellet 1sudu mkn
(satukan bahan diatas ni dan mix sampai gebu)
Dah gebu letak minyak 1/2cwn dan kacau sampai sebati,
Letak dalam loyang yang dah dialas baking paper
Bakar suhu 170c 40minit api atas bawah.
Selamat mencuba!
 
Kredit: Hidayah fareez@fb.com

 

Resepi Tart Teratai

Bahan²nya :

➡ 140 gm butter (apa² brand pn blh)
➡ 100 gm marjerin (sy guna planta@daisy)
➡ 60 gm gula aising
➡ 1 bj kuning telur
➡ 1 sdk esen vanila
➡ 330 gm tepung red rose
➡ 50 gm tepung jagung
➡ Jem nenas secukupnya

Cara²nya :

➡ Ayakkn kedua² tepung..ketepikan.
➡ Kemudian pukul butter,marjerin n gula aising sampai sebati.
➡ Kemudian masukkn kuning telur n esen vanila,pukul sebati lagi.
➡ Masukkn tepung td n uli sampai jadi doh yg tak melekat di tangan..kalau terlalu lembik,blh tambah tepung red rose sikit demi sedikit.
➡ Bulatkn doh..balut dgn plastik n rehatkn doh dalam chiller untuk 15 - 20 minit.
➡ Keluarkn doh ,canai setebal 3mm n terap mnggunakan acuan biskut jakarta 6 kelopak @ 5 kelopak.
➡ Masukkn dlm mngkuk kertas dan susun dlm tray..isikn jem nenas.
➡ Kemudian hiaslah sesuka hati anda,pd yg rajin btlah mcm sy..pd yg x berapa nk rajin blhlah letak manik n sebagainya yg sesuai..
➡ Bakar dlm oven yg telah dipanaskn trlebih dahulu..bakar selama 20 - 25minit @ sehingga masak.
➡ Suhu 170°c @ brgantung pd oven masing²..api atas bawah yer,

Kredit: nor haslina md nor @fb.com