Jangan hidup semata2 untuk makan , tetapi makanlah untuk kamu terus hidup....
Translate
Rabu, 4 Ogos 2021
RESEPI SOTONG SUMBAT
RESEPI KERABU TAUGE BERSAMA KERANG
Bahan-bahan:
2 cawan tauge
5 batang kacang botol
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh ditambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh ditambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
garam dan gula secukup rasa
*boleh ditambah cili api jika sukakan pedas
Cara:
1.
Bersihkan kacang botol dan potong nipis. Kemudian bersihkan tauge dan
celur dalam air panas selama 5 saat saja, kalau nak rangup tak payah
celur pun tak apa.
2. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya.
4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah mengikut citarasa.
Resepi kredit : proviral masakan
Resepi Kerabu Daging
Bahan-Bahan:
300g daging, rebus smpai lembut
1 biji bawang besar, hiris nipis
1 batang serai, hiris nipis
1 biji tomato, hiris nipis
5-7 biji cili padi, hiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis, ambil jus
3 helai daun limau purut, hiris halus
garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
1. Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
2. Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula
kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.
Kredit: iResepi@fb.com
-
Bahan-bahan : 1) 4biji telur gred A 2) 500gram tepung gandum 3) 400gram fresh milk sejuk (dari peti ais) 4) 360gram gula pasir 5) 1sudu besa...