Translate

Rabu, 4 Ogos 2021

Resepi Kerabu Daging

Bahan-Bahan:

300g daging, rebus smpai lembut
1 biji bawang besar, hiris nipis
1 batang serai, hiris nipis
1 biji tomato, hiris nipis
5-7 biji cili padi, hiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis, ambil jus
3 helai daun limau purut, hiris halus
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan: 

1. Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
2. Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula
kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.

Kredit: iResepi@fb.com 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan