Translate

Ahad, 8 Ogos 2021

PUDING BISKUT CREAM CRACKERS

BAHAN²

25 keping biskut cream crackers
4 biji telur
1/2 cwn susu pekat manis
2 sdb gula perang 

CARA-CARANYA:

~sediakan loyang 7x7 sapu sedikit minyak
~rendam biskut ke dalam air panas sehingga kembang,kemudian toskan
~masukkan biskut, susu, telur dan gula perang ke dalam blend
~blend sehingga halus
~bahagi adunan kepada 2 bahagian atau lebih.. terpulang
~masukkan pewarna (optional/milo) ~kukus selapis² sehingga masak
setiap lapisan 5min sahaja, 
lapisan terakhir 10 min
5 min akhir bukak penutup kukus 
tujuan nak bagi air ats permukaan puding kering
~siap / sejukkan baru dipotong
**boleh kukus menggunakan acuan kecil, lebih mudah
** 2/3 cwn utk setiap 1 lapisan
**opah guna loyang 9x5x2

Kredit: 1001 aneka resepi biskut raya

Resepi Biskut Butter Mudah

Bahan-bahannya:

1)250g butter (suhu bilik) -guna pure butter lagi sedap, saya guna buttercup je..hehe
2)½ cwn gula icing
3)1 tsp vanilla extract (sy tambah 1sdt butter oil utk lagi wangi)
3)2 cwn t. gandum -ayak (sy tambah 1sdb susu tepung)

Cara :
•Mix butter sampai creamy, masukkan gula, vanilla, pkul lagi sampai kembang dan ringan selama 12 minit.
•Masukkan tepung dlm 3 kali tuang. Gaul sebati dengan spatula. masukkan dlm piping bag dgn star tip, buatlah bentuk yg disukai. 
•Bakar selama 10-12 minit (180°C) @ sampai base biskut nampak perang2 skit. Siap dah! :)

Senang kan?hehe..
Selamat mencuba! :) :)

credit : Noor Aina Syuhana‎
#mahn

Resepi Lasagna Daging

Bahan inti :

👉 Daging kisar (1paket 400g) kak guna brand Ramly.
👉🏻Sos Prego spageti (1 tin) 
👉🏻 Sos cili - kak tambah sebab nak rasa pedas
👉🏻 Bawang besar (1biji) - cincang
👉🏻 Bawang putih (5ulas) - cincang
👉🏻 Serbuk lada itam
👉🏻 Garam

Cara-cara :

👉🏻 Tumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau.
👉🏻 Masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air sampai cepat masak.
👉🏻 Masukkan sos Prego, sos cili. Kacau.
👉🏻 Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
👉🏻 Siap dan ketepikan.

Cara buat sos putih :

👉🏻 5 sudu besar mentega
👉🏻 3 sudu tepung gandum
👉🏻 500ml susu segar
👉🏻 2 keping keju - kak guna Cheesedale

Cara masak :

👉🏻 Cairkan mentega
 Masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan.
👉🏻 Masukkan susu & cheese. Kacau sebati & cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.

Lasagna @ roti Gardernia

👉🏻 Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Pastu susun dalam loyang.
👉🏻 Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dlm loyang.
👉🏻 Susun selang seli.
Lasagna, inti, sos putih.. Buat berlapis.. Lapisan atas sekali biar sos putih.. Tabur dengan mozarela cheese. Lagi banyak lagi sedap.
👉🏻 Bakar pada suh u 150'C dlm 30-40 minit @ sampai bahagian atas perang-perang..

Siap untuk dimakan! 🤤
# Uwan taburkn sikit serbuk cili atas chese tu supaya ada rasa2 pedas

Kredit resepi: Wahida Zakaria