Translate

Ahad, 1 Ogos 2021

Blueberry Cheesecake Oreo (Tanpa Bakar)

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk blueberry puree:
 
1)200g blueberry segar
2)70g/5 sudu besar gula kastor
3)3/4 sudu besar jus lemon
 
Bahan-bahan untuk lapisan bawah:
 
1)11 keping biskut oreo (tanpa inti gula)
2)35g mentega
 
Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
 
1)250g krim keju
2)50g/3 1/2 sudu besar gula kastor
3)inti gula dari biskut oreo biscuits
4)2 sudu besar yoghurt perisa asli
5)gelatin 1 (2 sudu kecil gelatin + 2-3 sudu besar air panas)
6)150ml krim putar tenusu
7)1/3 cawan puree blueberry puree
 
Bahan-bahan untuk lapisan ungu:
 
1)1/2 cawan puree blueberry
2)60ml krim putar tenusu
3)gelatin 2 (1 sudu kecil gelatin + 1-2 sudu besar air panas )
 
Cara Penyediaan:
 
Cara-cara untuk lapisan bawah:
 
*Asingkan inti gula dan biskut.
*Hancurkan biskut oreo sehingga halus (inti gula boleh simpan dulu).
*Cairkan butter.
*Tuang butter dalam serbuk oreo dan gaul sekata.
*Tuang serbuk oreo dalam loyang (removable bottom) dan ratakan supaya padat.
*Masukkan dalam peti sejuk.
 
Cara-cara untuk blueberry puree:
 
*Perah jus lemon.
*Masukkan blueberry fresh, gula kastor dan lemon kedalam kuali dan masak sehingga kesemua bahan hancur dan pekat sikit.
*Kemudian kisar halus.
*Bancuh gelatin dengan air panas
 
Cara-cara untuk lapisan cheese:
 
*Kacau sekata creamcheese, gula kastor, inti oreo, plain yogurt, jus lemon dan gelatin.
*Pukul whipping cream.
*Campur whipping cream dengan adunan cheese dan kacau sekata.
*Keluarkan loyang dan tuangkan separuh adunan.
*Letakan blueberry puree atas adunan cheese dan buat corak swirl.
*Tuang baki adunan.
*Ulang langkah yang sama dengan blueberry puree, corakkan dengan bentuk swirl kemudian boleh sejukkan 10 hingga 15 minit.
 
Cara-cara untuk lapisan atas blueberry:
 
*Kacau sekata blueberry puree, whipping cream (x perlu putar) dan gelatine.
*Tuang adunan keatas permukaan kek tadi.
*Tutup dengan plastic clean wrap.
*Sejukkan 4/5 jam sebelum dipotong.
 
Tips:
Dairy whipping cream kena guna yang baru keluar dari peti sejuk, kalau tidak whipping cream akan jadi cair dan tak kental bila dipukul
 
Kredit: che nom

Kek Tornado

 

Rugi kalau tidak cuba kek tornado viral. Kek tornado ialah kek moist layer cream cheese dengan topping krim coklat pekat lekat memikat. Sesuai namanya, kek ini akan mampu tunggang langgangkan lidah anda dalam sekejap. Makan kek tornado tak muak. Sekali makan kek tornado mesti ketagih lagi. Lagi sedap masuk peti sejukkan dulu baru disantap.
 
Bahan-bahan :
 
3 biji telur,
1 cawan gula,
1 sudu kecil esen vanilla,
1 cawan minyak,
1½ cawan tepung naik sendiri + 1 sudu kecil soda bikarbonat (boleh guna 1 cawan tepung untuk kek lagi moist, kalau kalau boleh pakai tepung gandum + 1 sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu kecil baking powder diayak).
½ cawan serbuk koko@blh ganti dengan milo kalau tidak ada serbuk koko/coklat,
¼ cawan air panas.
 
Cara-cara :
 
Pukul rata telur, gula, dan esen vanilla.
Masukan minyak masak, dikacau biar sebati.
Masukkan tepung, baking powder, dan soda bicarbonate.
Masukkan serbuk koko/coklat/Milo.
Akhir sekali masukkan air panas, kacau rata.
Bakar api atas bawah suhu 180°C selama 50 minit bergantung pada tahap kepanasan oven. Kalau mahu kukus boleh kukus selama 40-45 minit.
 
Tip: Untuk kek gebu tidak perlu guna mixer. Hanya kacau guna sudip sahaja macam buat kek brownies.
 
Bahan Cream cheese : 
 
250 gram cream cheese,
60 ml whipping cream (kalau ingin lebih gebu boleh lebihkan whipping cream),
3-4 sudu besar susu pekat boleh sesuaikan ikut manis yang disuka.
 
Cara-cara :
 
Mixer cream cheese sampai lembut.
Tambahkan susu pekat (rasa tahap kemanisan yang anda suka).
Masukkan whipping cream dan mixer sampai gebu dan ringan.
Bahan Coklat Ganache :
100 ml whipping cream,
250 gram milk compound,
2 sudu besar mentega/majerin,
(Double boil sampai sebati akhir sekali masukkan marjerin. Tuangkan coklat ganache sebagai topping kek tornado).
 
Kredit: fatimah saari

PUDING ROTI BERSOS KASTARD

 

BAHAN-BAHAN :
7 keping roti dipotong petak
1 biji telur*
1 1/2 cup susu segar*
4sdb gula*
1 penutup esen vanilla*
Secubit garam*
1sdb marjerin/ butter*
Hiasan - choc chips, kismis, ceri, hirisan badam
 
CARA-CARA:
Sapukan marjerin di sekeliling loyang
Susunkan roti yg dipotong petak
Kisar bahan bertanda * & tuang ke atas roti
Tekan2 roti *PASTIKAN SEMUA ROTI MENYERAP ADUNAN TADI*
Taburkan bhn hiasan
Bakar suhu 160deg selama 35 min
 
RESIPI SOS KASTARD:
3sdb tepung kastard
1 1/2 cup susu segar
3sdb gula (ikut kemanisan masing2)
 
CARA-CARA:
Masak sehingga mendidih & sedikit pekat
Tuangkan ke atas roti yg siap dibakar
 
kredit: saiful nasuha@fb.com