Translate

Khamis, 17 September 2020

PULUT PANGGANG

Resepi:

1. Beras pulut cuci bersih² rendam setgh jam kemudian kukus sehingga masak,
2. Santan & secubit garam,keluarkn pulut yg dh siap dikukus td gaul dgn sedikit santan kemudian kukus lg dlm bbpe minit, tujuan letak santan tu bg kuih pulut korg rasa berlemak & lembut..da masak sejukkn seketika..
3. Daun pisang (dilayu terlbih dahulu supaya senang nk proses gulong)

Untuk inti:
1. Kelapa parut jgn pilih kelapa trlalu tua ye,yg sdg² utk buat inti kuih..
2. Cili kering,kunyit hidup,udg kering,jintan manis,jintan putih,halia,serai,bwg merah,bwg putih (dblend semua sekali)
~sediakn kuali masukkn kelapa,masukkn bhn² diblend,masukkn sedikit air..masak inti dgn api sederhana,kacau sebatikn masukkn brown sugar & garam..pastikn secukup rasa,masak sehingga inti jd kering..siap ketepikn~

Cara²nya:

Ambil pulut, kepal² masukkan inti,kemudian gulong dengan daun pisang atas tu klip guna lidi pun boleh,stapler lagi mudah ..dah siap boleh dipanggang...kalau ada "air fryer" bakar je guna "air fryer" lagi senang..πŸ‘

πŸ’—Selamat MencubaπŸ’—

Resepi asal oleh saudari ..SuiSan Aliezsha πŸ’•

AKOK PANDAN KEDUT

Kuih akok kedut merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat terkenal di negeri pantai timur khususnya di Kelantan dan Terengganu . tekstur dalam kuih ini lembut dan sedikit bersarang serta mempunyai rasa yang lemak lemak manis .


Bahan Bahan :

4 helai daun pandan 
1 cawan air 
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula halus ( boleh lebih / kurangkan ) 
5 biji telur ( sy guna gred AA )
1/2 sk garam halus

Cara Cara :

kisar dahulu daun pandan bersama secawan air dan tapiskan .
kemudian , masukkan ke semua bahan yang lain termasuk air tapisan daun pandan tadi ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati .
panaskan oven bersama acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak .
tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180°C selama 40 minit bergantung kepada oven masing masing .
kuih akok akan menggelembung seperti belon ketika dimasak dan akan mengecut dan berkedut apabila dikeluarkan . Siap ..!πŸ’—
Sumber :Resepi Masakan @ Facebook

PAPRIK DAGING #myownStyle

Paprik Daging

Bahan2 asas 

1-Bawang  putih *ketuk je
2-Cili kering *kisar
3-Daging@ayam@seafood *gaul dulu ngan 'Maggie Cukup Rasa".

*BahanTambahan-sos tiram, sos cili , pes asam jawa dan sedikit gula.

Sayur2 kegemaran anda..cthπŸ‘‡

4-lobak *potong ikut suka hati ,tapi jangan kecik sangat.
5-cendawan shitake *belah je lah macam mana pun ..nak campak seketul 2 pun boleh ..
6-bawang besar/merah dan kuning              *potong dadu 
7-cili padi hijau@ cili Benggala /merah/hijau/kuning (ini opsyen shj supaya sajian nampak lagi meriah) 
  *Cili Benggala ni pun potong dadu*
8- kalau ada lagi sayur yg anda nak  tambah , tambah lah.. πŸ˜…
9- kalau ada jagung muda yg kecik tu pun  boleh  gak campak sekali..πŸ˜‰

Caranya.. 
bawang putih dalam 5 ulas kasi ketuk dulu.. then tumis sekejap..dalam 2 minit then masuk kan cili kering kisar tadi..dalam 2-3 sudu besar ( ikut rasa pedas yg anda mahukan)..then kacau sampai cili tadi kering air nya.. lebih kurang dalam 5 minit je ..
Then masuk lauk tadi ayam/daging/ seafood..kacau lagi.. sampai lauk yg anda masukkan tadi masak.. ( kalau pakai seafood , tunggu sampai separuh masak ye.jgn sampai masak nanti tak sedap 😜..) 
Then last... Masuk semua sayur2 yg anda suka tu bersama sos tiram , sos cili, pes asam jawa dan juga sedikit gula... kemudian kacau.. lepas 5 minit test rasa.. cukup tak dia punya masam,manis dan masin nya..? Kalau tak cukup pandai 2 lah kiranya ejas sendiri ye.. jgn salahkan sis ye..,😜😜

Ini pakrik gaya Sis ye..jgn samakan ngan mana2 paprik kat dunia ni ye..😜

Sekian Wassalam....